malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Ziana Zain: Allah SWT Kurniakan Saya Hadiah Paling Bermakna



Kenapa Ramadan sentiasa dinanti, kerana Allah SWT menjanjikn bulan ini sebagai bulan untk umatnya melipat ganda akn amalan dan beribadah untk ganjaran pahala yg juga tidak terhingga banyaknya.

Tetapi buat penyanyi tersohor, Ziana Zain Ramadan kali ini antara yg paling bererti bila dia menerima kurniaan yg amat bernilai daripada Allah SWT. Pada hari turunnya Al Quran ke dunia, Ziana pula terima sebuah hadiah istimewa serta ia menandakn kejayaan buat semua yg mendoakn kesejahteraan penyanyi pujaan ramai ini.

Beberapa kali cerita mengenai Ziana Zain mula mengubah penampilannya terbit ditajuk utama media massa seluruh negara baru-baru ini. Namun tuan empunya badan belum lagi mengesahkn sendiri hinggalah pada hari ini 15 Julai bersamaan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul al-Quran, diva pujaan ramai itu mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakn imej baru buat Ziana Zain.

Dihubungi sebentar tadi menerusi panggilan telefon, Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, tenang bercerita mengenai hijrahnya pada Ramadan ini adalah sebuah hadiah kemenangn dan juga kurniaan yg amat besar buat dirinya. Bagi dirinya, ia adalah berkat dan doa dari insan yg menyayanginya selama ini telah dimakbulkn Allah SWT.



“Ini adalah hadiah yg Allah SWT berikn kepda saya, sebuah ganjaran yg dijanjikn setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yg paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

“Allah SWT telah berikan apa yg mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakn pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yg dinanti sudah tiba. Perasaan yg datang itu bukan rasa yg biasa tetapi kuasa yg luar biasa.

“Tiada pengumuman yg nak dibuat kerana yg penting apa yg dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yg lebih bermakna dari apa yg Allah SWT kurniakan kepda saya sekarang, Alhamdulillah,”tutur Ziana yg tidak lekang memanjatkn syukur kerana diberikn peluang yg begitu berharga di bulan mulia ini.

Ditanya tentang karier seninya, Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akn cuba dijaga sebaiknya. Tambahan pula sokongan daripada keluarga terutama anak-anak akn mempermudahkn hari-hari yg bakal dilaluinya nanti berserta sokongan yg tidak berbelah bagi daripada peminatnya.

Penampilan istimewa penyanyi lagu Korban Cinta ini adalah bersempena dngan rakaman khas MeleTOP Raya untk siaran Aidilfitri ini di Astro. Memilih ilham rekaan pereka yg sinonim dngan nama penyanyi ini, Rizman Ruzaini telah menyiapkn persalinan indah lengkap berhijab khas untk imej terbaru Ziana Zain itu.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "ARTIS Ziana Zain: Allah SWT Kurniakan Saya Hadiah Paling Bermakna"
Back To Top