
Elfira cuba bidang perniagaan.
Pelakon Elfira Loy tidak menyangka skaf rekaannya yg diberi nama Twinkle by Elfira mendapat sambutan yg mengalakkn daripada golongan dewasa.
Elfira, 20, berkata, pada asalnya rekaan corak istimewa hasil lukisan tangannya pada skaf itu lebih disasarkn kepda golongan remaja seusianya sahaja.
"Saya mensasarkn golongan remaja sahaja tetapi tidak sangka pula pelanggan saya ramai daripada golongan dewasa iaitu wanita yg mempunyai anak-anak dan berusia 40-an, kebanyakkn mereka adalah dari Singapura dan Brunei.
"Mungkin mereka lihat corak rekaan saya berbeza dan lebih menonjol daripada skaf yg biasa dijual di pasaran, namun untk keluaran akn datang saya akn reka yg bersesuaian dngan golongan ini," ujarnya kepda mStar Online.
Dalam pada itu, ditanya adakn dia terikut-ikut dngan trend perniagaan artis, Elfira berkata, produknya mempunyai kelainan tersendiri.
Bagaimanapun, Elfira hanya bertanggungjawab membuat rekaan corak pada skaf tersebut manakala hal pengurusan perniagaan dikendalikn oleh rakan niaganya.
"Saya tidak jual baju macam kebanyakn artis, sebaliknya saya jual skaf atau selendang yg saya reka sendiri coraknya. Saya hanya melukis sahaja, manakala hal mewarna dan pengurusan lain diuruskn oleh rakan kongsi," katanya.
Dalam pada itu, Elfira berkata, dia mendapat ilham tersebut ketika bercuti ke Thailand bersama beberapa orng rakan dan mendapati bisnes tersebut begitu mendapat sambutan.
Katanya, dia ingin menjadi pencetus fesyen skaf dan selendang di Malaysia.
"Saya lihat skaf sudah menjadi aksesori wajib bagi remaja di Thailand sehingga saya terfikir kenapa ia tidak dibawa ke negara kita.
"Saya mahu memulakannya dan menjadi trendsetter kepada imej ini," ujarnya.
0 Komentar untuk "ARTIS Skaf Rekaan Elfira Loy Dapat Sambutan"