malaynews1. Powered by Blogger.

Cinta Akim Dan Stacy Di Ragui?

Cinta Akim Dan Stacy Di Ragui? | Ketika Akim Ahmad, telah mengumumkan percintaan dia dan Stacy, wanita itu pula tampil dengan membuat kenyataan tidak meletakkan harapan tinggi terhadap perhubungan mereka.

Cinta Akim Dan Stacy Di Ragui?

Menurut Stacy, hubungan mereka pada dasarnya masih di peringkat awal dan sukar untuk dia menjangkakan hala tuju hubungan tersebut pada masa hadapan.

"Hubungan kami sebenarnya masih di peringkat awal dan pada asasnya bukan saya yang mendedahkan perkara itu kepada umum.

"Sebab itu saya tidak terlalu bercakap soal cinta kerana saya sendiri belum tahu arah tuju hubungan kami ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Stacy berkata, dia masih belum melihat masa depan dalam hubungan mereka dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.

Cinta Akim Dan Stacy Di Ragui?

Bagaimanapun kata Stacy, dia tidak berhak untuk menghalang Akim daripada bercakap perkara tersebut kerana ia adalah pendirian pemuda itu.

"Sebelum ini pun bukan saya yang buka mulut tentang hubungan kami dan jika ada orang tanya, sebaiknya Akim yang jawab.

"Saya masih dengan pendirian sama untuk tidak terlalu mendedahkan perkara itu secara terbuka," ujarnya.

Sebaliknya, timbul pula khabar angin mengatakan perbezaan agama sebenarnya menjadi penghalang hubungan mereka berdua. Hurmm....ntahlah..doakan yang terbaik je la buat kedua-duanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/22/stacy-akim/

View the original article here

0 Komentar untuk "Cinta Akim Dan Stacy Di Ragui?"
Back To Top