DUNIA !! Tiga Komander Al Qassam maut !!
Menurut maklumat tiga komander kanan Hamas dilaporkan telah terbunuh di Genting Gaza akibat serangan udara dlm pengeboman di sebuah rumah di Rafah, awal pagi semalam.
Menurut Agensi, Hamas dlm satu kenyataan berkata, mereka yg maut adalah Mohammed Abu Shammala, Raed al-Attar and Mohammed Barhoum.
"Sejak kelmarin lagi, mereka menyasarkan serangan terhadap Komander Tertinggi Hamas, Mohammed Deif tetapi gagal membunuhnya. Bagaimanapun, isteri dan anak lelaki berusia tujuh bulan terkorban semalam," ujarnya.
Menurutnya lagi , tentera rejim zionis telah melakukan 20 serangan udara di selatan Gaza sejak semalam.
Sementara itu, menurut jurucakap Hamas, Abu Obeida memberi amaran kepada syarikat penerbangan asing supaya mengelak daripada memasuki Tel Aviv berkuat kuasa serta-merta susulan kegagalan rundingan gencatan senjata.
“Kami beri amaran kepada penerbangan asing agar menghentikan penerbangan ke Lapangan Ben Gurion mulai 6 pagi (waktu tempatan) kerana Israel meningkatkan serangan udara. Kami desak delegasi Palestin segera meninggalkan Kaherah dan jangan berunding lagi kerana ia hanya membuang masa,” katanya.
Rundingan anjuran Mesir bagi menamatkan serangan Israel-Hamas juga telah gagal apabila keganasan tercetus semula selepas gencatan senjata 10 hari dibuat .
Menurut sumber Sinar Harian, sejak kegagalan itu seramai 48 penduduk Palestin maut dengan lebih 200 cedera, jumlah itu menjadikan angka korban keseluruhannya telah mencecah hampir 2,065 orang.
0 Komentar untuk "DUNIA !! Tiga Komander Al Qassam maut !!"