malaynews1. Powered by Blogger.

PENGAJARAN ! Kelebihan Mempunyai Anak Perempuan Dalam Islam Yang Ramai Orang Tidak Tahu


Kelebihan Mempunyai Anak Perempuan Dalam Islam Yang Ramai Orang Tidak Tahu
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud,

“Sesiapa yg memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yg memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud,

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yg maksudnya, “Sesiapa yg diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yg amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yg menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yg bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yg berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yg bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yg menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yg hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yg sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yg menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yg mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yg diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yg inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yg mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yg besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yg amat besar.


0 Komentar untuk "PENGAJARAN ! Kelebihan Mempunyai Anak Perempuan Dalam Islam Yang Ramai Orang Tidak Tahu "
Back To Top