Dalam ucapan di PWTC, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap sesetengah blogger pro UMNO yang menyerang kembali pemimpin parti UMNO yg kononnya bersifat “friendly fire”.
Beliau berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan yang sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," katanya
“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya. - MY MEDIA HUB
Nota Kaki: Dengar kata dalam group, blogger UMNO dah pakat tumbangkan Najib di PRU14 kerana statement 'bangang' ini.
0 Komentar untuk "'Blogger Pro UMNO Bangang!' - Najib"