malaynews1. Powered by Blogger.

NICE!!!Izzue Islam Letak Syarat Kepada Pelakon Wanita




“Isteri saya tidak ada kena-mengena dengan perkara ini,” ujar pelakon Izzue Islam apabila diminta untuk mengulas mengenai khabar angin kononnya dia meletakkan syarat untuk tidak mahu bersentuhan dan berpelukan dengan mana-mana pelakon wanita bagi menjayakan sesebuah babak romantik ketika berlakon kerana diminta oleh isteri yg juga merangkap pengurusnya, Awin.

Sebelum ini, isteri kepada duta Auramen ini pernah dikatakan cemburu dengan pelakon Anzalna Nasir dalam drama bersiri ‘Aku Isterinya’ sehingga membuatkan Izzue dan Anzalna tidak bertegur di set. Terbaru, disebabkan tidak mahu perkara yang sama berulang, Izzue dikatakan meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan atau berpelukan dengan pelakon Ayda Jebat yang merupakan gandingannya dalam drama bersiri terbaru, ‘Suami Sebelah Rumah’ yg bakal ditayangkan di TV3 pada Mac tahun depan.

“Benda ini tak ada isu pun. Ini kerana dalam cerita itu memang karakter saya tak banyak bersentuhan dengan pelakon wanita. Namun, memang benar saya mahu membataskan dari bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita dan ini merupakan tawaran pertama yang saya cakap begini.

Pihak produksi sendiri pun dah tahu dan tak ada masalah dengan perkara ini. Saya dah beritahu pihak produksi ketika dalam perbincangan awal lagi dan mereka terima, setuju serta menghormati dengan permintaan saya. Lagipun tiada masalah yang berlaku sewaktu penggambaran malah Ayda Jebat pun dah dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya rasa tak ada isu pun,” ujar Izzue ketika ditemui pada majlis tayangan media telefilem terbaru ‘Oh My English : Villa Isabellaaa!’ di GSC Signature, The Gardens pada Rabu.

Menurut Izzue lagi, dia meletakkan syarat tersebut kerana mahu menjaga statusnya sebagai suami dan juga maruah seorang wanita. Ketika ditanya adakah Izzue akan menolak andai ada tawaran yang memerlukannya bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita selepas ini, Izzue mengakui akan mempertimbangkan perkara tersebut terlebih dahulu.

“Bagi saya, kalau nak buat babak romantik tidak semestinya kita perlu berpegang atau berpelukan. Namun jika ada tawaran yang memerlukan saya berbuat begitu, saya kena pertimbangkan dulu. Tak adalah sampai 100% saya tak mahu pegang tapi saya nak membataskan perkara ini. Sebagai manusia, saya masih lagi menghormati maruah orang. Selain nak jaga status saya sebagai orang yang dah bersuami, saya juga nak jaga maruah seorang wanita itu,” tutur Izzue mengakhiri perbualan.

Bagi mereka yang ingin menonton penampilan istimewa Izzue dalam telefilem terbaru ‘Oh My English : Villa Isabellaaa!’, telefilem arahan Shamyl Othman ini bakal disiarkan pada 27 Disember depan, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610). Telefilem ‘Oh My English : Villa Isabellaaa!’ turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Zain Saidin, Nadiya Nisaa, Juzzthin, Akhmal Nazri, Zhafir Muzani, Rahim Jalur, Sherry Alhadad serta penampilan istimewa Emelda Rosemila, Sara Ali dan Atu dari kumpulan Zero. - gua



 

0 Komentar untuk "NICE!!!Izzue Islam Letak Syarat Kepada Pelakon Wanita"
Back To Top