
Bayi perempuan
dari India berusia dua bulan telah dicap dengan pisau panas diperutnya oleh
seorang pengamal perubatan tempatan atau bomoh apabila cuba menyembuhkan
penyakit Pneumonia yg dihadapi bayi itu.
Nama bayi tersebut
Shivani Seheriya didapati telah mendapat jangkitan yg mengancam
jiwanya.
Dalam keadaan
terdesak, Ibunya Somvati Seheriya yang miskin membawa anaknya kepada seorang
bomoh.
Sebelumnya,
Somvati telah kehilangan anak pertamanya juga kerana pneumonia dan pada masa itu
dia menyesal kerana tidak anaknya itu kepada bomoh.
Selepas itu, dia
yakin bomoh akan dapat menyembuhkan bayinya yang baru lahir.
Amalan melabelkan
bayi adalah cara tradisional di India di mana kulit dibakar dengan batang besi
yang panas atau benda besi lain untuk merawat.
Cara ini dianggap
boleh menyembuhkan banyak penyakit umum seperti malaria, penyakit kuning,
meningitis dan kejang-kejang.
Amalan seperti ini
masih banyak dijumpai di kawasan luar bandar di India. Somvati dan suaminya,
Giru dari Sheopur, Madhya Pradesh, India Tengah membawa Shivani kepada bomoh
tersebut.
Dia kemudian
membakar perut anak tersebut dengan pisau panas 40 kali yang diyakini akan
menyembuhkan penyakitnya.
Namun apa yang
terjadi keadaan Shivani malah semakin buruk. Setelah sampai rumah ia menderita
demam teruk.
Mereka pun
membawanya ke hospital dan doktor mendapati bahawa Shivani menderita Ventricular
Septal Defect (VSD).
VSD merupakan
kelainan jantung bawaan (kongenital) berupa terdapatnya lubang pada septum
interventrikuler yang menyebabkan adanya hubungan aliran darah antara ventrikel
kanan dan kiri.
"Saat Sihivani
dibawa keadaannya sangat buruk, staff perubatan meletakkannya dalam mesin yang
disebut Nebulizer. Dimana ia akan terus diberikan ubat," ujar dr Gobind
Singh.
Selepas itu
keadaan Shivani bertambah baik dan hari berikutnya dia sudah boleh
menyusukan.
sumber:
dailymail.co.uk
0 Komentar untuk "GILA!!!Bayi Dua Bulan hampir Maut Apabila Perutnya Dibakar dengan Pisau Panas Oleh Bomoh."