
Hidup
seorang wanita yg berusia 28 Tahun ini berubah menjadi mendung selepas dia
disahkan menghidap Cutis Laza iaitu sejenis penyakit kecelaruan kulit selepas
dia melahirkan anak pertama.
Penyakit
tersebut menyebabkan wanita malang, Hu Junhua yg berasal daripada Zhengzhou,
China kelihatan seperti telah berumur seakan-akan 70-an.
Penyakit
ini dikatakan ganjil dan jarang berlaku, di mana kurang dari 10 orang disahkan
menghidap penyakit berkenaan di dunia dan Hu adalah satu-satunya pesakit dari
China yang menghidapnya.
Kini,
Hu masih sedang mendapat rawatan dan bakal mendapatkan khidmat pembedahan
kosmetik di Shanghai bagi membaiki wajahnya meskipun Doktor yang
merawatnya kurang yakin akan hasil pada wajahnya nanti.

Menurut
Hu, suami sentiasa bersamanya dan tidak pernah merungut perihal wajah
tuanya.
Namun
kedua-dua orang tua sedih apabila menyedari anaknya mula menjauhkan diri serta
malu memberitahu rakan bahawa dia adalah ibunya kerana Wajah Hu kelihatan lebih
tua daripada ibunya sendiri.
Berikutan
penyakit yang dihidap, Hu Juan mengalami masalah keyakinan pada diri hingga dia
mengelak untuk keluar rumah atau melihat cermin.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "GEMPAR!!!Baru Berusia 28 Tahun Namun Wanita Ini Memiliki Wajah Seakan Berusia 70 Tahun."