Kajang: Akibat tidak tahan mendengar suara tangisan bayi, seorang lelaki bertindak pergi ke rumah jirannya lalu memarahi, mencarut dan menunjukkan kemaluannya kepada nenek bayi itu dalam kejadian di sebuah flat di Semenyih, di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab berkata, sebaik kejadian, mangsa yg terkejut dengan tindakan lelaki itu memberitahu kejadian itu kepada suaminya.
Suami mangsa kemudian ke rumah suspek bersama seorang anak perempuannya untuk mendapatkan kepastian berhubung tindakannya itu.Beliau berkata, anak perempuan mangsa yg turut berada di situ cuba membantu ayahnya, namun suspek terus menetak kepalanya dengan parang sebelum melarikan diri.
Bagaimanapun, suspek terus menolak suami wanita itu yg berusia 49 tahun sehingga terjatuh, katanya.
Akibat tetakan itu, remaja perempuan berusia 14 tahun itu luka di kanan kepalanya.Ab Rashid berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan polis kini sedang memburunya.
Dia dibawa ke Hospital Kajang dan menerima 10 jahitan, katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan.
0 Komentar untuk "TAK MASUK AKAL!!! Tayang Kemaluan Sebagai Protes Bunyi Bising"