Seorang wanita ditahan di Kuching, Sarawak awal pagi tadi akibat tindakannya menendang dua orang pegawai polis selepas dia mengalami satu kemalangan.
Memetik laporan The Borneo Post hari ini, kejadian itu berlaku di Jalan Wawasan 2020 berhampiran gereja St. Thomas.
Wanita itu yg berusia 20 tahun pada mulanya memandu kereta sebelum hilang kawalan dan melanggar sebatang tiang lampu.
Seorang pemimpin masyarakat di situ, terdengar kemalangan yg berlaku dan keluar dari rumah kedainya membantu wanita berkenaan keluar dari keretanya yg rosak sebelum menghubungi ambulans serta polis ke tempat kejadian.
Dua orang anggota polis yg meronda tiba di lokasi dan bertemu dengan wanita itu.
Bagaimanapun, ada beberapa soalan yg ditanyakan polis kepada wanita itu tidak berjaya dijawab.
Kejadian menjadi semakin tegang apabila wanita itu enggan menaiki ambulans kerana dia mendakwa dirinya tidak cedera. Tiba-tiba wanita itu bertindak menendang anggota polis berkenaan serta berkasar dengan kakitangan perubatan.
Kelakuan agresif itu memaksa polis bertindak menggari wanita itu dan menahannya.
Dia kemudian dibawa ke sebuah balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing bagi mengenalpasti adakah dia positif dadah atau sebaliknya.
Dalam laporan itu, wanita itu dikatakan berasal dari Matang dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
0 Komentar untuk "KURANG AJAR!!! Wanita Ditahan Akibat Menendang Polis Di Sarawak"