Ini kisah hangat yg melibatkan pasangan selebriti Rita Rudaini dengan bekas suaminya Aidil Zafuan. Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38, membuat satu laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut di Instagram milik bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27 menerusi satu status yg dimuat naik Jumaat lalu.
Laporan yang dibuat di Balai Polis, Jalan Tun Razak dekat sini pada Sabtu lalu itu antara lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yg telah menimbulkan ketakutan Rita berhubung status ugutan bunuh.
Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh saya selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yg dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya.Berdasarkan laporan polis berkenaan, pemilik akaun itu antara lain telah menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.
Jadi saya perlu melakukan sesuatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri, katanya.
Status berkaitan bunuh itu terus dipanjangkan apabila pemilik akaun tersebut menasihati Aidil agar pada masa depan merancang dapat membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk hidup.
Rita berkata, status paparan skrin yg dimuant naik Aidil itu berjaya meracuni pengikut Instagramnya untuk membenci Rita selain ia satu penghinaan kepada seorang wanita yg telah melahirkan dua orang anak hasil perkahwinan mereka yg sah.
Dalam pada itu diminta komennya mengenai paparan skrin resit pembayaran nafkah berjumlah RM2,000 itu Rita berkata, selama ini dia tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak sebaliknya kegagalan Aidil berhubung hak sebagai seorang suami kepada isteri semasa mereka belum bercerai.
Mengenai status papran skrin berasingan Aidil dalam Instagram yg mendakwa Rita tidak menjawab mesej yg dikirimkannya untuk mengetahui perkembangan anak, wanita ini turut mendedahkan ia adalah tuduhan tidak benar.
0 Komentar untuk "GEMPAR!!! "Hanifhafizul" Ugut Mahu MEMBUNUH Rita Rudaini"