malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Erin Malek Dan Farriz Fauzy Tak Peduli Gosip Liar Sebelum Nikah


Pasangan pengantin baru, Erin Malek dan suaminya Farriz Fauzy menjelaskan yg mereka tidak terkesan dengan gosip yg sengaja direka untuk menjatuhkan mereka malah menganggap ianya sekadar perkara ringan dan tidak perlu difikirkan terlalu jauh.

Erin ada baca dan nak tergelak pun ada, bagi Erin ketika itu kami masing-masing sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan tetapi tiba-tiba timbul pula gosip yg sebegini dan Erin tak kisah pun, ujarnya sejurus selesai upacara akad nikah.



Farriz pula menjelaskan bahawa dia terpaksa memberitahu perkara sebenar kepada keluarganya mengenai gosip tersebut supaya tidak timbul salah faham antara satu sama lain.

Ada orang mendakwa bahawa kami melakukan perkara yang tidak senonoh di depan khalayak ramai. Bagi saya benda itu semua tidak benar, disebabkan gosip-gosip yg sebegitu saya perlu pula menjelaskan kepada ahli keluarga yang tidak biasa dengan gosip.

Jadi saya terangkan, yg kami (Farriz dan Erin) tidak bodoh untuk melakukan benda-benda yg tidak senonoh di depan orang ramai,“ katanya lagi kepada media.
Dalam temubual sama, Erin Malek yg memilih Los Angeles sebagai lokasi bulan madu turut berkata yg beliau akan mengambil cuti selama beberapa bulan selepas pulang ke Malaysia pada 4 November ini sebelum kembali berlakon.

 

0 Komentar untuk "ARTIS Erin Malek Dan Farriz Fauzy Tak Peduli Gosip Liar Sebelum Nikah"
Back To Top