Sudah satu minggu berlalu, namun kontroversi yg melibatkan Shila Amzah masih belum reda.
Tidak dinafikan penyanyi tersebut mempunyai pengikut yg ramai di akaun Instagramnya, termasuklah yg terlalu fanatik.
Yang terbaru, Astro Gempak telah menerima ‘screenshot’ daripada salah seorang pembaca kami yang mendakwa pengikut Shila telah ‘mengheret’ sama penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza dalam perbualan mereka pada salah satu foto yg dinaikkan artis kesayangan mereka beberapa hari lalu.
Pengikut yg menggunakan pengenalan diri sebagai ‘abgfesyen’ itu telah menjawab salah satu komen peminat yg membandingkan Shila dan Siti.
Mungkinkah kerana terlalu taksub dengan penyanyi pujaannya itu ‘abgfesyen’ tanpa rasa bersalah mengaitkan Siti Nurhaliza dan melemparkan tuduhan sedemikian rupa?
Tulisan ‘abgfesyen’ itu mendapat perhatian Siti yg kemudiannya membalas semula tuduhan yg dilemparkan pengikut taksub tersebut.
Apalah kena-mengena Siti Nurhaliza dalam ‘kisah’ yg dicipta mereka ini sehingga diheret bersama?
Agaknya mungkin kerana terlalu memuja dan taksub sehingga tidak sedar diri sendiri telah memfitnah individu lain?
Mungkin juga ‘abgfesyen’ mempunyai agenda tersendiri untuk melaga-lagakan kedua-dua penyanyi ini atau dengan sengaja mahu menyemarakkan api kemarahan fans mereka?
Bagi Astro Gempak pula, setiap komen yg diberi melambangkan tahap tinggi rendah mentaliti seseorang. Selain itu, komen-komen tanpa fakta yang sahih juga sebenarnya akan menyebabkan artis kesayangan anda itu dihentam balik oleh individu lain.
Tidak mustahil juga, kecaman akan kembali semula kepada anda. Ibarat meludah ke langit, jatuh semula ke muka sendiri.
Untuk itu, jadilah pelayar laman sosial yg bijak, bukan cakap ikut sedap tanpa usul periksa atau carilah fakta yg sahih terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen atau status pada laman peribadi sosial sendiri atau orang lain.
Contohnya seperti peminat ini, bukan main panjang lebar menaip tapi apakah yg ditaipnya itu benar? Adakah peminat ini menulis berdasarkan fakta atau sekadar mahu menjadi perencah tambahan? Tepuk dada, tanyalah akal!
0 Komentar untuk "GOSIP Kerana terlalu taksub, 'fans' Shila Amzah sanggup fitnah Dato Siti?"