malaynews1. Powered by Blogger.

PELIK Gelagat Lembu Buang Kulit Rambutan Sebelum Makan Isinya Jadi Perhatian Penduduk


Gelagat seekor lembu betina yg memakan rambutan dengan membuang kulit mendapat perhatian penduduk di Kampung Batu 14, Jalan Kuala Nerang dekat sini.

Pemiliknya, Abd Mutalib Chin, 51, berkata, beliau sekeluarga mula menyedari lembunya itu makan rambutan dengan membuang kulit sejak setahun lalu apabila kulit rambutan bersepah di bawah pokok di hadapan rumahnya itu.

Katanya, pada mulanya beliau tidak menyedari tentang tabiat lembu itu dan merasa hairan kerana kulit rambutan di halaman rumahnya bersepah.

"Kami pada mulanya menyangka kanak-kanak mengambil dan memakan rambutan itu. Bagaimanapun apabila saya memerhati dari jauh barulah saya tahu bahawa lembu itu memakan rambutan dan mengunyah lalu membuang kulitnya itu.

"Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas memberinya makan rambutan barulah nampak lembu itu makan dengan membuang kulit rambutan,” katanya.

Abd Mutalib berkata, sebelum ini beberapa ekor lembunya juga ada makan buah-buahan tetapi mengunyah lalu menelan rambutan dan tidak seperti lembunya yg diberi nama ‘bah’ itu.

"Kami menyedari bah mula makan buah-buahan sejak umurnya setahun dan setiap kali musim buah ternakannya itu lebih suka makan buah-buahan dari memakan rumput.

"Kerana terlalu banyak memakan buah-buahan berbanding rumput, kami turut bimbang tentang kesihatan lembu itu, tetapi syukur setakat ini belum nampak sebarang tanda kesihatannya terjejas," katanya.

Keunikan lembu ini membuatkan Abd Mutalib membeli dokong atau rambutan sebanyak dua kilogram setiap hari untuk diberikan kepadanya.

"Jika buah-buahan kurang barulah Bah akan memakan rumput yg ada di sekitar rumah saya,” katanya.
0 Komentar untuk "PELIK Gelagat Lembu Buang Kulit Rambutan Sebelum Makan Isinya Jadi Perhatian Penduduk"
Back To Top