malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP ! Itu Gambar Lama Sebelum Pergi Umrah – Lana Nordin

Banyak pihak yang tidak hairan apabila gambar sosial Lana Nordin tersebar hari ini. Ada sesetengah pihak menganggap Lana memang tidak akan berubah dan akan terus dengan cara hidup sebegitu walaupun telah menunaikan umrah beberapa bulan yg lalu. Namun menerusi Berita Harian hari ini, empunya badan telah tampil memberikan penjelasan mengenai gambar-gambar yg jelas menunjukkan sebab dirinya digelar sebagai Pamela Anderson Malaysia.

Untuk makluman, Lana Nordin kini sedang bercuti dengan kekasih barunya dan rakan-rakan di atas ‘private yacth’ milik salah seorang kawannya. Menurut Lana, gambar yg tersebar itu diambil beberapa bulan sebelum dirinya menunaikan umrah. Jelas Lana:-

Itu gambar lama yg disebarkan kembali. Gambar itu dirakamkan November tahun lalu. Ia terjadi sebelum saya mengerjakan umrah beberapa bulan lalu. Saya kurang pasti apa motif ia disebarkan semula. Mungkin nak sabotaj atau apa saja, itu saya kurang pasti.

Saya takkan terkejut kalau selepas ini akan ada lagi gambar sedemikian rupa tersebar. Saya boleh baca permainan manusia sebegini yg tahu nak menjatuhkan orang saja. Saya hanya mampu reda saja apabila hal ini berbangkit.

Saya bukan budak-budak untuk mengulang kesilapan lalu. Saya tak pernah cakap akan berubah drastik tetapi akan perlahan-lahan menjadi orang yg lebih baik daripada sebelumnya. Kalau saya nak berubah, saya tak akan pukul canang dan biarlah ia antara saya dengan Tuhan.

Tapi saya bukan jenis manusia hipokrit. Saya masih bersosial tetapi ada batasnya. Setakat bertemu teman dan lepak ataupun meraikan hari lahir teman serta berkaraoke di kelab hiburan itu juga dianggap negatif, saya tak boleh berbuat apa-apa.

Stephanie Liah, rakannya yg memuatnaik gambar tersebut turut sama memberi penjelasan yg serupa menerusi satu status di Instagramnya.

Stephanie Liah juga turut memberi panjang lebar mengenai tindakannya memuatnaik gambar-gambar tersebut. Kata Stephanie:-

Saya tak sangka dan terkejut gambar yg dimuat naik di laman Instagram itu mengundang kontroversi. Saya sudah memadamkannya. Ia hanya salah faham dan jelas sekali di setiap gambar yg dimuat naik saya letak hashtag throwback.
Gambar itu memang dirakamkan sekitar November tahun lalu semasa meraikan hari lahir teman kami. Selepas itu kami tak berjumpa lagi. Dijadikan cerita saya bertemu Lana seminggu lalu di Publika, Solaris Dutamas. Kami dapat lepas rindu ketika itu.

Jadi kerana merindui saat bersama, saya muatkan naik gambar itu. Malah ketika bertemunya, saya mengakui begitu rindu untuk bersosial dengannya. Tetapi dia cakap pada saya sudah memperlahankan sisi sosialnya kerana baru mengerjakan umrah tahun ini,

Baguslah masing-masing sudah memberi penjelasan. Sebagai seorang rakan, Stephanie Liah sepatutnya harus lebih berhati-hati. Kalau gambar yg akan menimbulkan kontroversi, lebih baik jangan dikongsi untuk tatapan ramai. Tak apalah, jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan lepas ini nak ber’throwback’ lagi sudahlah. Cukup-cukuplah itu. Tak gitu?
0 Komentar untuk "GOSIP ! Itu Gambar Lama Sebelum Pergi Umrah – Lana Nordin"
Back To Top