Jika diperhatikan apek tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di badaraya Singapura.
Namun begitu tidak ramai yg mengenalinya atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya yg sebenar .
‘Apek’ yg dimaksudkan ini sebenarnya adalah Lim Siong Guan .
Untuk pengetahuan anda semua , Lim adalah orang nombor satu di negara itu yg ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah di Singapura.
Jawatan yg disandangnya itu adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayunya ialah Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.
Jika diperhatikan betul-betul , punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ dia dimana beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun yg lalu, siap ada sticker yg cucu-cucunya lekat.
Jika di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat untuk melakukannya .
Berbeza dengan rutin kerja orang lain , bagi Lim rutinnya empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia seperti di Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.
Lim juga menolak untuk diberikan limosin yg sesuai dengan kedudukannya kini , malah cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yg beliau singgah.
Lim yang berusia 67 tahun, dia digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah sahaja .
Tapi soalan yg paling kerap beliau tanyakan kepada pekerjanya ialah ” Ada tak perkara yg boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”
Agak-agaknya ada tak mana-mana CEO GLC yg berada di Malaysia ini yg bersikap seperti mana yg ditunjukkan oleh Lim?
Bak kata pepatah tepuk dada tanya selera .
0 Komentar untuk "MENARIK !! Kisah Seorang ‘Apek’ Bernama Uncle Lim !!"