BRAD PITT dan Angelina Jolie sering meraih publisiti hangat berkaitan hubungan mereka.
DUNIA seni Hollywood pada 28 Ogos lalu dikejutkan dengan perkahwinan rahsia pasangan mega Brad Pitt dan Angelina Jolie yg dijalankan dalam suasana sederhana di Perancis.
Majlis perkahwinan mereka dilaporkan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat pasangan tersebut tanpa dapat dihidu oleh pihak media.
"Ia memang sebuah majlis perkahwinan yg cukup mengejutkan industri hiburan Hollywood. Namun, ia bukan hal yg baharu kerana mereka memang telah menetapkan untuk berkahwin, hanya ia berjaya dilakukan dalam cara yg mereka inginkan," ujar satu sumber kepada Us Weekly.
MAJLIS perkahwinan Brangelina hanya dihadiri keluarga dan teman rapat mereka.
Tambah sumber itu lagi, semua pihak gembira dengan penyatuan mereka. Sementelah Brad dan Jolie telah bersama sejak sembilan tahun lalu dan mempunyai enam orang anak. Mereka juga telah bertunang pada tahun 2012.
Dalam majlis itu, Jolie, 39, dan Brad, 50, dilaporkan mengesahkan perkahwinan di estet milik mereka yg dibeli pada tahun 2012 di Chateau Miraval, Perancis dengan anak sulung mereka, Maddox, 13, dan Pax, 10 menjadi pengiring Jolie.
Shiloh, 8, dan Knox, 6, pula membawa cincin perkahwinan, manakala Zahara, 9, dan Vivienne, 6, menjadi gadis pengiring bunga.
Terdahulu, dalam satu temu bual, Jolie pernah menyatakan bahawa majlis perkahwinannya dengan Brad kelak lebih mementingkan tentang penglibatan dan kebahagiaan anak-anaknya, berbanding mahu dilangsungkan dalam keadaan yg sarat publisiti.
0 Komentar untuk "MENARIK Brangelina akhirnya berkahwin"