PENGARAH dan pelakon terkenal, Eirma Fatima menyifatkan golongan muda masa kini semakin lupa dan jauh daripada bangsa sendiri terutama masyarakat Melayu.
Menurut Eirma, disebabkan itulah memahami erti kemerdekaan itu sangat penting supaya kita dapat menghayati maknanya.
“Ibu dan bapa saya akan bawa saya keluar rumah seawal 6 pagi untuk menonton perbarisan bagi merasai 'mood' merdeka itu. Sekarang orang dah tak buat begitu dah.
“Jadi, sebagai rakyat Malaysia, tak kira bangsa apa, fahami erti kemerdekaan itu. Fahami bagaimana susahnya orang-orang zaman dulu nak mendapatkan kemerdekaan dan untuk mempertahankan hak-hak yg sepatutnya. Apabila kita faham baru kita hayati erti kemerdekaan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Malah Eirma turut menyentuh soal golongan muda yg malu untuk mengaku diri berbangsa Melayu kerana tidak tahu betapa hebatnya Melayu sejak zaman pra-kemerdekaan lagi.
“Orang muda sekarang makin jauh.. dia makin lupa Melayu itu sendiri sebab itu tak hargai. Ada juga yg belajar di luar negara tapi malu nak mengaku Melayu kerana mereka tidak tahu betapa hebatnya Melayu.
“Kerana hebatnya Melayu itulah, kita merdeka dan apa yg ada di negara kita sekarang ini. Kerana hebatnya Melayu itu jugalah, apa yang orang Melayu dapat sekarang ini. Itu yg budak-budak kita lupa,” katanya.
Tegasnya perkara ini perlu ditangani segera sebelum terlambat.
“Kena sekolahkan mereka lagi. Tak cukup ‘sekolah’ yg ada. Kalau anak-anak muda kita terus begini, habis. Dah tergadai baru kita sedar nanti,” katanya.
0 Komentar untuk "GOSIP Erma Fatima Kena 'sekolahkan' lagi anak muda sekarang"