malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR !! Terselamat Dibunuh Selepas Berpura-Pura Mati !!




Seorang askar Iraq yg telah ditawan kumpulan militan Negara Islam (IS) terselamat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai askar negara itu di Tikrit pada Jun lalu selepas dia berpura-pura mati, lapor The New York Times kelmarin.



Askar tersebut ialah Ali Hussein Kadhim yg merupakan satu-satunya mangsa yg terselamat dalam kejadian pembunuhan seramai 560 askar Iraq yg dianggap paling kejam dilakukan oleh militan IS.



Menurutnya , dia terselamat selepas peluru yg ditembak oleh seorang militan IS ke arah kepalanya tersasar.



Selepas menyedari peluru itu tersasar saya berpura-pura mati dan terbaring bersama berpuluh-puluh mayat yg lain.



“Selepas militan IS beredar, saya kemudiannya melarikan diri pada waktu malam dan terpaksa bersembunyi di beberapa kampung selama beberapa minggu bagi mengelak dikesan,” katanya.



Menurut Ali Hussein, 23, dia telah menyertai tentera Iraq pada awal Jun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan dan ditempatkan di sebuah pangkalan tentera di Tikrit.



Apabila IS menawan Mosul yg terletak kira-kira 240 kilometer dari Tikrit kami bimbang mereka akan menawan pangkalan kami menyebabkan saya dan beribu-ribu askar yg lain melarikan diri.



“Bagaimanapun, ketika separuh perjalanan kami ditangkap oleh militan IS dan dibawa ke satu lokasi berhampiran Sungai Tigris sebelum ditembak,” ujarnya.



Lelaki itu juga sudah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih kecil memberitahu, dia terpaksa memakan cacing untuk hidup serta berlindung di sebuah perkampungan di Tikrit sebelum berjaya pulang semula ke kampung halamannya di Erbil.



Saya juga kini membantu pakcik saya menguruskan sebuah ladang kurma di sini dan saya tidak akan kembali lagi untuk menyertai tentera lagi,” jelasnya dengan panjang lebar .
0 Komentar untuk "GEMPAR !! Terselamat Dibunuh Selepas Berpura-Pura Mati !!"
Back To Top