malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA !! Puja Mayat Anak Agar Hidup Semula !!


Mungkin kerana taasub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk ‘menghidupkan’ semula bayi mereka yg telah meninggal .

Berdasarkan maklumat ,  bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yg dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di sini.


Walau bagaimanapun, bayi berkenaan telah meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.

Menurut sumber berkata, selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yg kemudiannya telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis .


Menurut maklumat lagi , pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu dan gagal .

Mungkin atas sebab itu, lelaki terbabit menghubungi pemilik rumah memaklumkan kematian anaknya, selain dipercayai sudah mendapat kebenaran isteri serta ibu masing-masing," ujarnya lagi .

 

Tag : hidup, Mayat, MESTI, semula
0 Komentar untuk "BERITA !! Puja Mayat Anak Agar Hidup Semula !!"
Back To Top