Sebuah pertubuhan kebajikan kanak-kanak Save The Children telah membelanjakan sejumlah wang untuk membeli iklan satu muka penuh dalam akhbar di Britain semalam.
Ianya bertujuan bagi memaparkan nama 373 kanak-kanak Palestin yg terbunuh akibat keganasan tentera rejim Zionis di Gaza sepanjang tempoh 8 Julai sehingga 3 Ogos lalu.
Iklan hitam putih tersebut telah diterbitkan di dalam akhbar utama Britain dan nama mangsa keganasan Israel itu diperoleh daripada Pejabat Hal Ehwal Penyelarasan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) serta Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.
Pembaca juga dipelawa untuk menghantar mesej teks sebagai sebahagian daripada kempen yg mendesak gencatan senjata berkekalan dilakukan di wilayah berkenaan.
Menurut jurucakap pertubuhan itu berkata, gencatan senjata berkenaan perlu diadakan demi kanak-kanak Gaza dan Rejim Zionis .
Gaza dilanda peperangan selepas tentera Rejim Zionis memulakan kempen keganasan ke atas wilayah Palestin itu mulai 8 Julai lalu.
Hampir 1,800 orang penduduk Palestin yg kebanyakannya terdiri daripada orang awam telah terbunuh dalam konflik yg melanda rakyat Palestin .
Kelmarin diberitakan Rejim Zionis dan Hamas telah bersetuju mengadakan gencatan senjata 72 jam namun seperti selalu tiada sebarang jaminan ia bertahan lama.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan Save The Children berkata, sistem kesihatan awam di Gaza hampir runtuh sama sekali dan setengah juta penduduknya telah kehilangan tempat tinggal.
Menurut pegawainya , David Hassell berkata gencatan senjata memang sangat mendesak pada ketika ini.
0 Komentar untuk "DUNIA !! 373 Mangsa Zionis ‘Diiklan’ Di Britain !!"