Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan yg sangat baik? Iaitu wanita solehah, yg apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)
Jika dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan oleh budi pekertinya yg luhur, pakaiannya yg bersih, dandanan yg cantik di hadapan suaminya dan berusaha menjadi yg terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya .
Jika diperintahkan pula , dia akan patuh dan taat , ini secara tidak langsung menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya . Dia juga selalu ingin memberikan kepuasan bagi suaminya.
Dia akan sentiasa memelihara diri serta harta suaminya, dan ini menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH SWT dan Rasul-Nya . Apabila suaminya tidak disisi , dia tetap memelihara kehormatan diri dan menjaga harta suaminya.
Bila seseorang wanita itu tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami . Bahkan, ia boleh membuatkan sang suami tidak suka bersamanya, lalu bakal menceraikannya .
Jika engkau, wahai isteri yg menginginkan rumah tangga yg bahagia di dunia dan akhirat, maka buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut . Bila tidak, engkau celaka di dunia dan di akhirat .
Berikut merupakan tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
0 Komentar untuk "AGAMA !! 7 Golongan Wanita Yang Sering Diceraikan Suami !!"