Seorang pekerja sebuah stesen minyak di Bandar Springhill, di sini, cedera ditetak tiga perompak bertopeng jam 9 malam tadi.
Mangsa warga Sri Lanka berusia 32 tahun itu sedang bertugas dengan rakannya sebelum diserang tiga lelaki yg menaiki sebuah kereta Perodua Alza dan memaksa mereka menyerahkan wang.
Pengurus stesen minyak itu, Teo Poh Siong, 23, berkata mangsa enggan menyerahkan wang lalu dipukul dan ditetak suspek yg bersenjata parang di betis kanannya manakala seorang lagi pekerja tidak dicederakan.
Menurutnya, suspek melarikan wang tunai RM2,100.
Poh Siong berkata, pekerjanya itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut dan dia membuat laporan di Balai Polis Lukut, di sini, untuk siasatan lanjut.
0 Komentar untuk "BERITA Tetak kerana RM2,100"