Baru baru ini, peminat dunia hiburan agak kurang senang dengan satu kenyataan yg didakwa keluar dari mulut Rita Rudaini seperti dilaporkan beberapa laman media. Pelakon itu katanya telah keluarkan kenyataan berbaur menghina pekerjaan kerani.
“Nasib baiklah saya ada kerja sikit-sikit untuk tampung kami anak beranak, saya kadang-kadang bayangkan diri saya ini adalah seorang kerani, macam mana nak tanggung anak,” ujar Rita Rudaini seperti dilaporkan kebanyakkan media minggu lalu.
Bercakap kepada ROTIKAYA baru baru ini, Rita Rudaini menyifatkan para peminat tersalah anggap akan maksud sebenar kenyataan yg dikeluarkan itu.

“Saya rasa terkilan dengan pandangan manusia manusia yg suka buruk sangka dengan orang, siapa saya untuk menghina orang atau pekerjaan orang? Sedangkan hidup saya sendiri pun penuh liku. Saya sedikit pun tidak menghina, ayat mana yg membuktikan saya menghina kerani?”
“Maksud saya ialah dengan keadaan saya ditinggalkan suami tanpa satu sen pun dengan anak anak kecil dan diheret pula ke mahkamah oleh (bekas) suami. Kalau saya bergaji kecil bolehkah saya menanggung kos peguam dan mahkamah yg sudah makan bertahun lama?”
Rita Rudaini turut menambah yg beliau bersimpati dengan para wanita yg senasib dengannya namun tidak bergaji besar dan tidak mampu untuk perjuangkan hak anak anak di mahkamah kerana kekangan kos guaman dan mahkamah yg tinggi.
“Banyak kes saya tengok di mahkamah dimana wanita yg tidak mampu untuk dapatkan khidmat peguam untuk perjuangkan hak mereka kerana ada perbelanjaan yg lebih penting seperti kos sara hidup dan perbelanjaan harian lain,” ujarnya lagi.
“Saya sedih sebab kaum sendiri yg banyak buruk sangka. Ada yg mengaku kerja kerani kata mampu sara dan jaga anak. Gaji cleaner pun mampu sara dan jaga anak tetapi mampukah turun naik mahkamah membayar semua kos dengan gaji yg kurang?”
“Yang tiada suami dan perlu naik turun mahkamah sahaja yang akan faham situasi saya, yg ada suami tidak akan rasa. Allah lebih tahu niat saya untuk pertahankan hak wanita teraniaya seperti saya. Mahu dapatkan redha manusia memang susah, carilah redha Allah,” tambahnya.

0 Komentar untuk "ARTIS Rita Rudaini Didakwa Hina Pekerjaan Orang Lain?"