malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI ! Tak Mampu Sewa Rumah, Ibu & 2 Anak Tidur Dalam Kancil


Gambar Hiasan

Keadaan itu terpaksa dilalui Siti Hajar Ismail, 35, bersama anaknya, Siti Zubaidah Zubaidi, 8 dan Siti Zulaikah, 6, selepas dia diberhentikan kerja sebagai pembantu kedai makan di Taman Merdeka di sini.

Siti Hajar berkata, sebelum ini, mereka menumpang di rumah sepupu di Tanjung Minyak sebelum mengambil keputusan keluar kerana tidak mahu membebankan keluarga saudaranya setelah dia kehilangan kerja.

"Saya terpaksa membawa anak-anak tidur di dalam kereta kira-kira enam hari sebelum saya tumpangkan mereka semula di rumah sepupu saya, tapi saya terus tidur di dalam kereta," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka semalam.

Katanya, dia tidur dalam kereta yg diparkir di depan rumah rakannya di Taman Merdeka selain menumpang mandi di situ.

Siti Hajar berkata, dia juga tidak mampu memperbaharui cukai jalan kereta yg tamat tempoh pada 8 Ogos lepas namun terpaksa menggunakan kenderaan itu untuk mencari pekerjaan dan berjumpa anaknya.

Katanya, situasi itu menyebabkan Siti Zubaidah tidak dapat bersekolah kerana dia tidak mampu menyiapkan keperluan anak sulungnya yg belajar di Sekolah Kebangsaan Parit Melana Durian Tunggal, Alor Gajah.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya telah menguruskan penginapan sementara untuk Siti Hajar dan anaknya di Asrama Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka di Lorong Pandan di sini.

"Mereka boleh mula tinggal di asrama itu hari ini sementara pihak Lembaga Perumahan Melaka menyediakan sebuah rumah di Kampung Padang di sini dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata Siti Hajar juga akan diberi bantuan memulakan perniagaan francais menjual kuih pau di bawah program Jana Pendapatan 1Azam Kerja 'Pakej Perniagaan Pau Rizqi' bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Orang ramai yg ingin membantu Siti Hajar boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB di 0141 2002 0786 524.
0 Komentar untuk "TERKINI ! Tak Mampu Sewa Rumah, Ibu & 2 Anak Tidur Dalam Kancil"
Back To Top