Semakin hari semakin banyak kita mendengar cerita yg kurang enak dikalangan anak muda melayu kita sendiri. Apakah kita melayu memang gah pada nama tetapi sebaliknya? Bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Cuba lihat gambar diatas, apa yg anda perasan? Sekali pandang gambar ini, mata akan tertancap pada keindahan bendang atau sawah padi berwarna hijau kuning.
Tapi kalau pandang betul-betul ada 'sesuatu' yg mencacatkan keindahan tersebut iaitu aksi dua pasangan budak sekolah menengah yg sedang duduk di bangsal tengah bendang tersebut. Apa nak jadi lah dengan anak muda kita zaman sekarang? Cuba anda bayangkan apa perasaan ibu bapa mereka jika perkara ini dilihat sendiri oleh mata kepala orang tua mereka? Adakah orang tua mereka akan berdiam diri? Sudah tentulah tidak, kerana jika saya sendiri akan sedih. Sudah tentu Ibu bapa mereka menjaga menyayangi mereka ibarat menatang minyak yg penuh. Adakah ini balasan mereka terhadap kedua ibu bapanya?
Apa yg menyedihkan lagi bagi admin, kedua-dua pasangan termasuk dua pelajar perempuan yang masih memakai uniform sekolah kelihatan enak bercengkarama termasuk salah satu pasangan beraksi bagai suami isteri. Sudahlah memalukan keluarga, tambahan dengan uniform sekolah yg mereka pakai itu boleh menjatuhkan imej sekolah mereka sendiri. Cukuplah dengan perkara maksiat sedemikian, hanya menempah tiket ke neraka. Nauzubillah.
Tag :
Isu Semasa,
terkini
0 Komentar untuk "SEMASA ! Budak Sekolah Beruniform Sedang Asyik buat apa di Sawah?"