malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA ! Pelanggan Ditawarkan Gadis Cun Di Cyber Cafe


Suasana eksklusif dan mewah serta menyediakan pekerja wanita warga asing yg menggiurkan merupakan taktik terbaru pusat siber berunsurkan perjudian dalam menjalankan operasi mereka di sekitar Bandar Parklands.

Pengarah Jabatan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, sebanyak sembilan premis diserbu dan 212 set komputer disita dalam operasi khas itu, baru baru ini.

Menurutnya, tindakan sita mengikut Undang-Undang Kecil 28 (1) Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada majlis.

“Operasi ini dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam yg peka dengan kegiatan tidak bertanggungjawab pemilik yg berterusan mengingkari undang-undang.

“Selain daripada itu, lokasi sekitar yang menjadi tumpuan pekerja warga asing menjadi salah satu faktor kewujudan premis pusat siber yg berunsurkan perjudian terutama sekitar kawasan ini,” katanya.

Andry berkata, MPK akan memperhebatkan operasi seperti ini dari masa ke semasa dan tidak akan berkompromi dengan pihak yg melanggar peraturan ditetapkan terutama yg melibatkan judi siber.
0 Komentar untuk "SEMASA ! Pelanggan Ditawarkan Gadis Cun Di Cyber Cafe"
Back To Top