Sekeping gambar di Instagram Akim menjadi medan berbalas kritikan peminat. Gambar didalam kereta dimana Stacy bersama anak angkatnya Bella dikatakn beraya di rumah Akim di Johor mencetus rasa kurang senang segelintir pengikut Akim dan Stacy. Malah, ramai menegur dan memberi komen ‘berbisa’ terhadap gambar dimuat naik Akim seminggu lalu.
Jelas Akim, "Kalau lihat Instagram saya, tidak ada pun gambar kami bersentuhan walaupun beralas. Kalau orang masih nak bercakap, terpulang.
"Saya tahu apa yg saya buat dan tahu batas. Stacy datang beraya ke rumah saya di Johor. Mak, ayah dan adik-beradik saya ada, jadi tak timbul isu.
"Apapun, terima kasih atas segala teguran. Saya lihat pada sudut positif dan akan lebih berhati-hati selepas ini. Mohon saya kepada mereka yg gemar menilai kehidupan saya dan Stacy, doakan kami.
"Jangan hanya tahu menyelar, lebih-lebih lagi perkara sensitif seperti agama. Sama-samalah kita doa supaya pintu hatinya terbuka untuk mendekati Islam. Itu lebih baik daripada mengkritik dan mengeji,” katanya.
Akim juga enggan bercerita panjang mengenai persahabatan antara dia dan Stacy. Dia juga belum bersedia bercakap soal hati dan perasaan. Akim turut bimbang, perkara itu nanti akan membuka peluang orang buat spekulasi dan cerita bukan-bukan.
"Saya tidak mahu timbulkan masalah antara keluarga. Banyak hati yg perlu saya jaga dan kena ambil langkah berjaga-jaga. Orang mungkin terlepas pandang hal ini.
"Saya akui tak manis kalau kami sering dilihat bersama. Ada yg suruh kahwin cepat untuk elak fitnah. Saya tak berani cakap soal jodoh.
"Yang boleh saya katakan, kami berkawan, kenal hati budi dan mendekati keluarga masing-masing. Kalau ada jodoh, mungkin dua atau tiga tahun lagi. Jika tiada jodoh, mungkin saya dengan orang lain,” katanya.
Akim bagaimanapun mengakui ada keinginan untuk berkahwin dan dia perlu kukuhkan ekonomi terlebih dulu selain benar-benar bersedia mental dan fizikal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Setidak-tidaknya perlu ada rumah untuk jadi tempat anak isteri berteduh nanti.
"Saya dalam proses mengukuhkan kewangan. Saya mahu pasangan saya hidup selesa. Alhamdulillah, saya beli tanah berdekatan Ampang dan kini mengumpul modal untuk mendirikan rumah. Aset ini untuk masa depan keluarga yg bakal saya bina nanti.
"Insya-Allah, apabila ada perkembangan terbaru dengan Stacy dan bersedia bergelar suami, saya akan maklumkan kepada semua,” katanya yg membahasakan dirinya daddy dengan anak Stacy, Bella Valentina.
Mengenai rahsia berjaya mengekalkan hubungan baik dengan Stacy, Akim berkata, mereka menghormati pendirian dan menjaga sensitiviti masing-masing. Dalam apa juga perkara, jangan berlebih-lebih dan sentiasa bersikap jujur.

Tag :
Artis
0 Komentar untuk "ARTIS Hangat Gambar Stacy Beraya Bersama Akim"