Mungkin ramai yg tak tahu mengenai kemalangan yang melibatkan pesawat JAT YugoslavAirlines Flight 367 yg terjadi lebih 40 tahun lalu.
Pesawat tersebut telah terhempas di sebuah perkampungan di Republik Czech selepas kapal terbang tersebut terputus dua dipercayai akibat dibom, yg mana bom tersebut telah diletakkan dalam badan pesawat terlebih dahulu pada 26 Januari 1972.
Pesawat yg membawa 28 orang itu telah mengorbankan 27 individu manakala seorang pramugari, Vesna Vulovic merupakan satu-satu mangsa yg terselamat dalam nahas udaratersebut.
JAT 367 dalam perjalanan dari Stockholm, Sweden ke Belgrade, Serbia dilaporkan jatuh dari ketinggian 33,000 kaki sama seperti ketinggian MH17 berada ketika ianya ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Vesna, 64, telah direkodkan dalam Guinness Book of Record sebagai individu yg terselamat daripada jatuhan yg paling tinggi tanpa sebarang alat keselamatan yg dipasang terhadap dirinya.
0 Komentar untuk "PELIK! Vesna Terselamat Walaupun Jatuh Ketinggian 33 Ribu Kaki Di Udara"