malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA !! Lelaki Bawa Lari Bas GO KL Dan Bersiar-siar Selama Tiga Jam !!




Tidak tahu apa yg difikirkan oleh seorang lelaki apabila dia bertindak memandu sebuah bas Go KL yg diletakkan di hadapan Medan Mara, Kuala Lumpur, jam 7.30 pagi semalam .


Menerusi laporan The Star, pemandu bas tersebut telah keluar sebentar untuk ke tandas.


Namun mujurlah ketika kejadian, tiada penumpang yg berada di dalam bas tersebut .


Suspek juga telah memandu bas tersebut selama tiga jam bermula dari Jalan Raja Laut sehingga ke Jalan Daun Inai Merah yg berdekatan dengan bulatan Bandar Desapark.


Kehilangan bas tersebut telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yg kemudiannya turut meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya menerusi laman sosial.


Tindakan suspek turut mencetuskan kekecohan apabila ia telah melanggar tiga kenderaan ketika melalui Jalan Semarak.


Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yg tercedera dalam insiden tersebut.


Pihak polis kini berusaha untuk mengesan suspek yg menghilangkan diri selepas kejadian berdasarkan cap jari pada stereng bas tersebut.




 

0 Komentar untuk "SEMASA !! Lelaki Bawa Lari Bas GO KL Dan Bersiar-siar Selama Tiga Jam !!"
Back To Top