Jika kelamarin kita telah digemparkan dengan kisah yg dipaparkan Harian Metro dimana bapa kepada seorang pelajar mendakwa anaknya telah ditampar oleh guru bahasa Inggeris sehingga meninggalkan kesan di pipi kanan anaknya hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Walau bagaimanapun, guru terbabit menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan punca sebenar yg berlaku pada pelajar tersebut.
Hasil daripada siasatan mendapat, pelajar berkenaan hanya mengalami alergik setelah dibawa berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.
Menurut sumber lain , guru terbabit telah memfailkan saman malu terhadap ibu bapa pelajar berkenaan kerana memfitnahnya tanpa sebarang bukti kukuh .
Sumber lain turut mendedahkan bahawa pelajar tersebut sememangnya terkenal dengan sikapnya yg nakal .
Pada hari kejadian, pelajar berkenaan menumbuk papan putih serta berlari dalam kelas.
Gurunya telah memarahinya kerana dia berlari tetapi tidak pula menampar pelajar berkenaan seperti yg didakwa.
Menurut seorang ustaz yg bertugas di sekolah tersebut , kesan lebam di pipi pelajar itu sememangnya telah ada semenjak hari isnin. Namun begitu kesan lebam itu hilang semasa ibu bapanya membuat laporan di balai polis.
0 Komentar untuk "GEMPAR !! Hasil siasatan Doktor Adalah Kesan Alergik - Guru Saman Malu !!"