malaynews1. Powered by Blogger.

GOSIP Raisyyah Rania luah perasaan



SEJAK model jelita ini memilih untuk memeluk agama Islam Ramadan lalu, dia cukup menjaga batas-batas sebagai Muslimah.

Malah, pertuturan, pergaulan dan penampilannya juga dilihat mengikut apa yg dituntut syariat Islam.

Dia juga cukup berhati-hati apabila berhadapan dengan peminat, masyarakat mahupun media.

Untuk mendengarnya meninggikan suara amatlah mustahil inikan pula marah atau melenting tanpa asal usul.

Kerana itu, panas seketika dunia seni tempatan apabila empunya nama Raisyyah Rania Yeap atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap ini meluahkan perasaan marah di laman sosial Instagram dan Facebook miliknya rentetan artikel berkaitan dirinya yg disiarkan di sebuah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian).

Menerusi Email, Zass telah mendapatkan respons daripadanya berkenaan perkara tersebut.

Menurutnya, dia terkejut kerana apa yg dipaparkan di akhbar itu tanpa pengetahuan daripadanya.

"Tajuknya “Tolonglah jaga maruah!” itu agak kasar, dan kedengaran seperti angkuh. Saya tidak pernah berniat untuk marah sesiapa dengan nada sebegitu, sebab saya pun pernah lalui semua itu, walaupun tidak berbuat demikian di tengah jalan raya dan trafik.

"Saya faham dan sebab itulah saya beri pendapat saya supaya ia tidak menjadi ikutan model-model lain," kata teraju utama telefilem Nikah Kita Bercinta ini.

Bagaimanapun, baginya yg mesra disapa Rania, tajuk yg ditulis itu bernada amat lain daripada apa yg dituliskan di Facebook miliknya.

"Saya hanya ikhlas menyeru orang ramai untuk berpakaian lebih sopan di tempat awam dan jika perlu untuk berpakaian sedemikian atas sebab kerja atau rezeki (seperti model tersebut).

"Maka ia sepatutnya dilakukan di tempat yg tertutup atau tempat yg sesuai seperti pantai yg tidak ramai orang," katanya.

Ujarnya, artikel yg menyatakan dia bekas model juga tidak tepat kerana dia kini masih meneruskan kariernya itu.

"Saya juga masih seorang model, cuma bezanya saya kini model dengan pakaian yg menutup aurat sahaja.

"Sebagai seorang model, kita akan dilihat orang ramai, maka saya juga berharap model juga dapat menjadi contoh yg baik kepada gadis-gadis lain dari segi pemakaian," jelas pelakon berusia 28 tahun ini.

 

0 Komentar untuk "GOSIP Raisyyah Rania luah perasaan"
Back To Top