DARIPADA seorang gadis yg sering diperlekehkan, Taylor Swift kini menjadi ikon remaja di tempat lahirnya.
Berbekalkan suara hebat dan wajah comel, pemilik nama penuh Taylor Alison Swift ini berjaya mencipta nama dalam tempoh 10 tahun.
Menjadi antara individu yg disisihkan, Swift menjadikan lagu-lagu ciptaannya sebagai modal untuk berkongsi perasaan amarahnya.
Bakatnya dalam bidang muzik diwarisi daripada neneknya yg juga penyanyi opera selain dipengaruhi oleh penyanyi country, LeAnn Rimes.
Sehubungan itu, tidak hairanlah pada usia 10 tahun, penyanyi lagu Tim McGraw itu mula tampil di depan umum dan menulis lirik lagu.
Swift kemudiannya mulai aktif dalam bidang seni suara sejak 2006 dengan membawakan genre muzik country pop, pop dan pop rock yg menjadi kegilaan anak muda zaman sekarang.
Bermula dari situ, terlahirlah album pertamanya, Taylor Swift pada 2006, diikuti Fearless (2008), Speak Now (2010) dan Red (2012).
Demi mendekatkan dirinya kepada peminat yg menyokongnya selama ini, pelantun lagu The Lucky One itu menjelajah ke 86 lokasi untuk menjayakan konsert jelajahnya ke seluruh dunia.
Konsert jelajahnya itu dinamakan Red Tour, dan Malaysia menjadi lokasi kedua terakhir sebelum dia menamatkan Red Tour di Singapura setelah hampir setahun setengah mengelilingi dunia.
Malah, kata pelantun lagu Love Story itu, dia akan kembali memasuki studio untuk album kelima.
Usaha gigih penyanyi Girl at Home itu berbayar apabila dia menjadi individu termuda dan artis solo wanita pertama memenangi anugerah Country Music Association (CMA) bagi kategori penghibur sepanjang tahun.
"Saya tidak akan melupakan detik ini, kerana ketika ini semua yang saya inginkan telah berlaku," katanya.
Tidak cukup setakat itu, dia juga mendominasi Anugerah Muzik Billboard 2013 apabila memenangi kategori Artis Terbaik, Artis Wanita Terbaik, Artis Billboard 200 Terbaik dan Album Billboard 200 Terbaik menerusi album Red.
Dia juga menang bagi anugerah Artis Lagu Digital Terbaik, Artis Country Terbaik, Album Country Terbaik dan Lagu Country Terbaik menerusi We Are Never Ever Getting Back Together.
Mahu jadi pelakon hebat
Walaupun karier nyanyiannya sedang meningkat naik, gadis kelahiran Wyomissing, Pennsylvania, Amerika Syarikat ini sebenarnya mahu menjadi pelakon yg hebat.
Sebelum ini, pelantun lagu State of Grace ini pernah membintangi filem Valentine`s Day dan memegang watak sampingan menerusi siri drama TV New Girl, namun itu belum cukup membuktikan dia seorang yg hebat berlakon.
"Saya memang ingin menjadi bintang filem, dan saya ingin membuktikan saya juga boleh berlakon dengan baik sebaris dengan pelakon Hollywood yg lain," katanya kepada Radar Online.
Sehingga kini, penyanyi berusia 24 tahun itu akan terus berusaha dalam bidang yg dia impikan sekali gus tidak mengganggu kariernya sebagai penyanyi.
Bahkan, Swift juga ditawarkan untuk membintangi Filem Cereka Konsert seperti Justin Bieber dan Katy Pery bernilai USD10 juta (RM30 Juta), namun pihak pengurusannya masih lagi dalam proses perbincangan sama ada mahu menerima atau pun tidak.
Lakonan dipuji
Merealisasikan lagi cita-citanya yg mahu bergelar seorang aktres, pemenang Anugerah Grammy itu telah membintangi filem sains fiksyen, The Giver arahan Phillip Noyce yg di adaptasi daripada novel tulisan Lois Lowry.
Dalam filem itu, penyanyi I Knew You Were Trouble bergandingan dengan Jeff Bridges, Brenton Thwaites, Meryl Streep, Odeya Rush, Katie Holmes dan Alexander Skarsgard.
Salah seorang pelakon filem berkenaan, Bridges memuji lakonan Swift.
"Dia sangat hebat. Kami akhirnya menjadi pencinta muzik," katanya.
Tidak setakat itu, Holmes yg juga menjadi salah satu bintang dalam filem berkenaan turut memuji lakonan Swift.
"Dia begitu indah. Dia begitu baik, berbakat, dan sangat luar biasa berbakat," katanya.
The Giver mengisahkan seorang lelaki muda yg terpilih diberi peluang untuk mempelajari kegagalan dan nikmat sebenar kehidupan di dunia ini dalam keadaan masyarakat sekeliling yang sempurna tanpa sebarang peperangan, kesakitan, penderitaan, perbezaan dan pilihan.
Nantikannya di pawagam mulai 4 September ini.
THE GIVER
PENGARAH: Phillip Noyce
PELAKON: Jeff Bridges, Brenton Thwaites, Meryl Streep, Odeya Rush, Katie Holmes, Taylor Swift, Alexander Skarsgard
GENRE: Drama / Fiksyen Sains / Fantasi
TARIKH TAYANGAN: 4 September 2014
0 Komentar untuk "ARTIS ! Taylor Swift tetap memukau"