malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000



PELAKON terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 38, memohon tuntutan RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, dekat sini.

Peguam, Datuk Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan tuntutan itu pada 7 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Syariah.

"Hari ini kes disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail," katanya.

Menurutnya, Aidil Zafuan selaku defendan tidak hadir tanpa sebarang alasan biarpun pihaknya telah menyerahkan saman pada 20 Ogos lalu.

"Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yg berlangsung pada hari tersebut gagal.

"Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan,"katanya.

Mutaah adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yg diceraikan tanpa sebab munasabah berdasarkan syarak.

Rita Rudaini dan bekas suaminya yg juga Kapten Harimau Malaya bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Sebelum ini, pada 8 November 2012, pelakon tersebut memfailkan tuntutan RM5,392 sebulan untuk nafkah anak mereka yg merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.

Anak seni kelahiran Pulau Mutiara itu turut menuntut RM100,000 sebagai nafkah tertunggak daripada bekas suaminya membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

Tuntutan nafkah tertunggak tersebut difailkan pada awal Januari lalu.

 

0 Komentar untuk "GEMPAR Rita Rudaini tuntut mutaah RM300,000"
Back To Top