KEPADA wanita bertudung di negara ini, kami sarankan agar anda lebih berhati-hati dalam memuatnaik gambar di laman sosial kini.
Ia gara-gara satu akaun yg dikendalikan oleh admin di Indonesia yg dinamakan ‘Jilboobs’.
Akaun ini akan memuatnaik gambar wanita bertudung yg memakai baju ketat hingga menampakkan bentuk payudara mereka.
Hasil tinjauan kami mendapati, kebanyakan wanita yg dipaparkan berasal dari Indonesia dan Malaysia.
Wajah mereka juga tidak dikaburkan atau ditutup sekaligus mengaibkan wanita-wanita itu.
Bagi kami, mungkin niat admin akaun ini adalah untuk menyedarkan masyarakat khususnya umat Islam akan kepentingan menutup aurat dengan betul.
Namun, Islam tidak membenarkan umatnya mengaibkan orang lain, sebaliknya cuba melindungi segala kelemahan mereka.
Pendek kata, niat tidak menghalalkan cara ya…
Tag :
Isu Semasa,
terkini
0 Komentar untuk "AWAS 1 Hati-Hati…Anda Mungkin Jadi Mangsa ‘Jilboobs’!"