malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA ! Pekerja McD Teruk Kena Belasah Di Kuala Kangsar Berita TIPU



Dah jadi asam garam dunia siber, sebarang isu yg sedang hangat diperkatakan selalu menjadi ilham buat sesetengah manusia untuk menokok tambah cerita.

Contohnya isu McDonald’s yg kini diboikot sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin, ada pula puak pandai-pandai buat cerita kononnya dua pekerja restoran makanan segera tersebut telah dibelasah dengan teruk kerana bersekongkol dengan syarikat Yahudi.

Sudahlah sebarkan fitnah, untuk menjadikan cerita tambah menarik diletakkan masa kejadian kononnya pada satu maghrib di Kuala Kangsar, Perak.

Tak tahulah apa motif manusia ini tapi perangainya ini boleh dikatakan lebih kurang sama juga dengan tentera Israel bila dia bukan sahaja menipu malah siap memberi amaran kepada anak bangsa sendiri agar tak kerja McD kalau tak nak kena belasah dengannya.

Sesungguhnya ini bukan cara yg betul untuk menyatakan sokongan pada Palestin tapi cuma membawa kepada keadaan huru hara dalam masyarakat sebab pekerja McDonald’s tak bersalah apa pun dalam hal ini.
0 Komentar untuk "SEMASA ! Pekerja McD Teruk Kena Belasah Di Kuala Kangsar Berita TIPU"
Back To Top