SEKURANG-KURANGNYA tiga penumpang dikesan ‘terlepas’ daripada situasi cemas seperti yg dilalui penumpang MH370 apabila mereka tidak sempat menaiki pesawat berkenaan.
Seorang ahli perniagaan yg membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS)terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang hari ini.
Beliau yg hanya mahu dikenali sebagai Woo berkata, mengikut perancangan awal, beliau sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan.
Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yg lebih penting.
“Saya masih terkejut dengan berita ini. Tapi sy tidak pasti sama ada dua orang rakan saya itu ke Beijing atau Shanghai.
Jika mereka ke Shanghai sy yakin mereka selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga skrng.
Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Bicara Mereka Yang Tak Sempat Menaiki MH370"