Beego dan Linda bersama anak perempuan mereka, Jelita Clarisa.
Pelakon Beego berasa bimbang dngan masalah anaknya, Jelita Clarisa yg sering meragam setiap kali tibanya waktu Maghrib.
Beego atau nama sebenarnya, Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 34, berkata, Jelita Clarisa yg baru berusia dua bulan akn menangis apabila tiba waktu itu.
"Sekarang usia dia sudah masuk dua bulan dan semakin sihat tetapi saya dan isteri agak juga sebab dia kerap meragam dan menangis terutamanya waktu Maghrib.
"Bagaimanapun, saya tidak rasa masalah itu disebabkn oleh apa-apa gangguan lagipun sekarang ini bulan Ramadan. Linda (isteri) beritahu ia mungkin disebabkn rutin waktu tidur dia kerana dia akan tidur panjang selepas Maghrib dan terjaga pada tengah malam," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Sementara itu, Beego berkata, dia kagum dngan pengorbanan isterinya iaitu pelakon Linda Hashim yg penuh sabar dalm melayan kerenah bayi.
Katanya, biarpun dia tidak banyak dapat membantu, namun dia belajar pelbagai perkara tentang kerja-kerja menjaga anak.
Beego bimbang dngan masalah anaknya yg sering meragam setiap kali tibanya waktu Maghrib.
"Pada usia ini bayi memang akan berjaga malam kerana ingin menyusu. Saya kasihan juga dngan Linda sebab dia tidak cukup tidur dan tiada masa untk diri sendiri.
"Jika tidak ada penggambaran memang saya akan bantu dia menguruskn hal rumah tangga, namun hal mandikn bayi dan tidurkn bayi, Linda yg akan uruskan," katanya.
Dalm pada itu Beego berkata, dia kini benar-benar merasai tanggungjawab sebagai ketua keluarga terutama dalm hal menjaga keperluan harian dan kewangan.
Dia juga mula faham tentang apa erti pengorbanan yg pernah diberikn oleh ibu bapanya dahulu.
"Sekarang Linda tidak bekerja jadi sebagai ketua keluarga saya perlu kerja kuat, barang-barang bayi pula bukan murah.
"Saya faham kenapa ibu dan ayah marah-marah pada saya jika saya nakal dahulu, mereka akan cakap kalau saya ada anak saya akan rasa perkara itu.
"Sejak lihat Linda melahirkn anak kami, saya sudah mula mengerti perasaan dan kesusahan itu, saya akan mengingatkn perkara yg sama kepada anak saya nanti," katanya.
0 Komentar untuk "SUAMI ISTERI Beego Bimbang Anak Meragam Waktu Maghrib"