malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Amy Search: Saya Sudah Maafkan Nabila Huda, Walau Tak Berhubung



Walaupun sehingga ke hari ini, kita hanya mendengar kenyataan dari sebelah pihak Amy Search sahaja berkaitan isu melepaskn marah di Instagram beberapa minggu lalu, nampaknya isu ini tidak akn berpanjangan selepas Amy Search sendiri mengakui sudah memaafkn.

Dalam temubual bersama portal Murai baru baru ini, Amy Search sekali lagi diajukn pertanyaan sama ada Nabila Huda ada menghubunginya untk bercakap tentang kontroversi itu mahu pun meminta maaf atas kelakuan dirinya.

“Kalau dia tidak hubungi saya (untuk) meminta maaf pun, saya sudah maafkn dia. Saya sentiasa maafkn dia. Saya mahu Abil sedar yg kontroversi yg dicetuskannya akn menyebabkn kariernya terjejas. Saya tidak mahu itu berlaku kerana dia seorang yg berbakat.” ujarnya.

Amy Search menambah yg beliau hanya mahukn yg terbaik buat anaknya itu malah tidak akan sesekali membelakangi kasih sayangnya dek kerana isu sebegini.

“Saya dah lama tak jumpa dia. Kali terakhir pada awal muharam tahun lalu. Kalau saya jumpa pun, hanya anak dia sahaja. Kalau dia mahu ke rumah saya, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuknya,” ujar Amy Search lagi.

 

0 Komentar untuk "BERITA Amy Search: Saya Sudah Maafkan Nabila Huda, Walau Tak Berhubung"
Back To Top