
PEMINAT seni tempatan pasti merindui alunan suara pelantun lagu Saat Hilang Cintamu ini.
Selepas melahirkn single terakhirnya bersama suami tercinta, Shuib Sepahtu, Cinta Itu Nyawa dua tahun lalu, penyanyi genit ini lebih selesa berehat daripada bidang seni dan memberi fokus sepenuhnya kepda keluarga.
Sementelah lagi, empunya nama Siti Sarah Raisuddin ini baru sahaja melahirkn anak keduanya, Dzahira Talita Zahra, tahun lalu. Akuinya, dia hanya berehat sementara bagi memastikn anak-anak yg dalm proses membesar mendapat perhatian daripadanya.
Sebagai ibu, dia tidak mahu kerana terlalu mengejar karier, tumpuan kepda anak-anak terjejas. "Memang masa saya banyak dihabiskn bersama keluarga terutamanya anak-anak.
"Mereka masih kecil dan selayaknya mereka diutamakn berbanding perkara lain," kata Sarah anak sulungnya,Uwais Alqarni kini sudah berusia 6 tahun.
Bagaimanapun, bukan bererti Sarah telah melupakn bidang seni, sebaliknya rasa cinta terhadap nyanyian masih menebal.
"Saya tidak pernah kata mahu meninggalkn karier atau berundur daripada bidang seni. "Insya-ALLAH, jika tiada halangan saya akan ke studio tidak lama lagi untk merakamkn single terbaharu.
"Saya harap ia dapat dilancarkn tahun ini juga, lagipun ramai yg tanya bila saya akan kembali dngan lagu baharu," katanya berterima kasih kerana peminat sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu, mengulas mengenai bentuk badannya yg semakin langsing, jelas penyanyi berusia 31 tahun ini, apa yg dilakukn semata-mata untk menjaga hati suami.
"Dia memang tidak kisah dngan bentuk badan saya sebelum ni, tetapi saya sendiri yg rasa tidak selesa.
"Jadi saya nekad turunkn berat badan selepas meminta izin dari Shuib.
Alhamdulillah, kini saya berjaya menurunkan berat badan daripada 78 kilogram (kg) kepada 48kg," katanya mengelak makanan berminyak dan mengamalkn buah avokado sebagai makanan tambahan bagi mencapai impiannya itu.
0 Komentar untuk "SEMASA Siti Sarah Belum masa 'berundur'"