
KISAH cintanya bersama jejaka berdarah Eropah bukan lagi rahsia bagi peminat seni tempatan. Bahkn si cantik berusia 24 tahun ini, semakin selesa mengajak kekasih hati menemaninya di majlis-majlis tertentu.
Bagaimanapun ia bukan bererti pelakon Kerat 14 sengaja menayang teman lelaki, sebaliknya tidak mahu dikatakn terlalu menyembunyikn hubungannya dngan jejaka tersebut. Akui pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharom ini, dia masih menjaga 'privacy' kekasih hati memandangkn dia agak janggal muncul di hadapan media dan khalayak ramai.
"Saya akui kami kini semakin rapat dan terus mengenali hati budi masing-masing. "Usia perkenalan kami juga masih di peringkat awal. Tidak elok jika terlalu berterus-terang, bimbang jika hubungan tidak menjadi dan menjadi buah mulut orang," katanya lebih selesa merahsiakn nama kekasihnya itu.
Jelas pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini juga, walaupun hubungan mereka sangat baik, tetapi tidak bermakna dia akn mengakhiri zaman solo dalm masa terdekat.
"Saya masih muda, perasaan ingin kahwin itu wujud tetapi saya perlu berfikir panjang. "Kalau sudah jodoh kami, insya-ALLAH saya akn beritahu kepda semua. Saya yakin semua yg bercinta mahu ianya berakhir ke jinjang pelamin.
"Apa pun, buat masa sekarang cukuplah semua tahu saya sudah mempunyai kekasih sahaja," katanya masih dalm proses mengenali jejaka berusia 27 tahun itu.
Tambahnya, sebagai artis juga dia tidak boleh terlalu terbuka soal cinta dan peribadi. "Ada perkara yg kita boleh kongsi dan tidak, biarlah saya simpan sedikit kisah kami berdua,"ujar Siti Saleha yg tertarik dngan sifat penyayang jejaka tersebut.
Bertudung tuntutan lakonan
Tidak tertumpu kepda kisah peribadinya sahaja, aktres cantik ini turut mendapat perhatian kerana penampilan bertudung dalm sesetengah drama lakonannya.
Menurut Siti Saleha, walaupun banyak drama yg menuntutnya mengenakn tudung, namun ia sekadar merealisasikn karakter yg dibawa.
"Memang ramai kawan-kawan saya yg sudah bertudung, saya juga sangat gembira dngan perubahan mereka.
"Tetapi buat masa sekarang, saya masih belum bersedia. Kalau sampai masanya saya juga akn mengikut jejak langkah mereka," katanya peminat memberi komen baik mengenai perkara itu.
Akuinya, dia tiada masalah dngan peranan yg memerlukn dia memakai tudung.
"Saya selesa dngan peranan begini tetapi kalau ada peminat atau mana-mana pihak yg mahukn saya memakainya terus, saya tidak boleh menerimanya.
"Perkara begini sangat serius dan saya perlu benar-benar bersedia supaya tidak menjadi 'mangsa' media sosial seperti selebriti lain," katanya tidak mahu pemakaian tudung kerana trend semata-mata.
Tidak selesa jadi ibu
Sementara itu, lakonannya sebagai Farah menerusi drama bersiri Ramadan Jangan Pergi mendapat respons cukup baik daripada peminat seni tempatan.
Sama ada penonton setia drama itu mahupun peminat aktres cantik ini sendiri, rata-rata memuji lakonannya sebagai ibu.
Di sebalik peranan dan karakter tersebut, Siti Saleha mengakui dia sebenarnya kurang selesa memainkn watak itu.
Bagi bukan kerana tiada keyakinan tetapi dia agak janggal menjadi ibu buat masa ini.
Sementelah, dia sendiri masih bujang dan tidak pernah melalui pengamalan membesarkn anak.
Katanya cukuplah menjadi ibu menerusi drama Luth Mahfuz dan Ramadan Jangan Pergi.
"Saya tidak akan menerima tawaran menjadi ibu lagi selepas ini. Bukan kerana tidak mampu membawa watak tersebut tetapi saya perlukn seimbangkn watak-watak yg dibawa.
"Memang saya terkenal dngan drama yg lebih santai dan saya selesa dngan peranan-peranan menerusi drama seumpama itu.
"Bagaimanapun, saya masih ok dngan watak yg memerlukn saya menjadi seorang emosional kerana setiap drama pun pasti ada emosi," luah Duta Bazar Seindah Ramadan ini kerana bimbang penonton mempertikaikn lakonannya.
Lebih selektif
Jelasnya, dia juga lebih memilih untk menerima tawaran lakonan sejak kebelakangan ini.
"Bukan bererti saya 'demand', cuma tidak mahu penonton bosan kerana terlalu kerap kemunculan saya di layar skrin.
"Saya juga tidak mahu mengambil apa sahaja tawaran yg ada kerana bimbang tidak dapat menumpukn perhatian dan komited terhadap tugasan," ujar heroin drama bersiri Manis ini.
Bagi Siti Saleha, kebolehan membawakn watak adalah yg paling penting berbanding kekerapan muncul di kaca televisyen.
"Banyak tawaran yg saya terima, hinggakan ada 80 episod drama yg ditawarkn kepda saya terpaksa ditolak.
"Saya cuma mahu memastikn lakonan saya berhasil dan bukan tangkap muat sahaja," ujar Pelakon Televisyen Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular ini.
Sedikit perkembangan terbarunya, Siti Saleha kini sedang menjalankn penggambaran sebagai Norin bagi filem Upin & Ipin.
"Insya-ALLAH, selepas raya saya akn ke Jakarta untk pembikinan drama Cinta Agung pula.
"Ia merupakn sebuah drama cinta yg mana memerlukn saya bergandingan dngan Aaron Aziz lagi," katanya menerima tawaran tersebut kerana ia bukan kisah cinta biasa.
0 Komentar untuk "GOSIP Siti Saleha jaga ‘privacy’"