SEJAK berusia tujuh tahun, penyanyi popular Indonesia, Rossa sudah diajar berpuasa oleh ibu bapanya.
Bersempena bulan puasa ini, Rossa mengambil kesempatan mengajar anaknya, Rizky Langit Ramadan yg kini berumur tujuh tahun untk berpuasa seperti kanak-kanak lain.
"Saya tidak pernah memaksa Rizki berpuasa tapi saya selalu berpesan kepdanya kalau tidak puasa maka awak bukan orng Islam. Apabila dia mendengarnya, dia terus takut dan mahu berpuasa," kata Rossa.
Bagaimanapun, sejak menjalani ibadah puasa, penyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti itu memberitahu, dia belum lagi berpeluang untk berbuka puasa bersama anak kesayangannya itu memandangkn Rizki kini berada di Sumedang, Indonesia.
"Sejak hari pertama ibadah puasa, Rizky bersama keluarga saya dan sepupunya di Sumedang. Saya berasa sunyi dan sedih kerana belum dapat berbuka puasa dngannya," kata Rossa, 35.
0 Komentar untuk "Rossa Tak Puasa Bukan Orang Islam"