USAI tarawih pertama Ramadan tahun ini, Shila Amzah tidak boleh berlengah-lengah. Untk menggeliat malas atau meninjau-ninjau menu lauk sahur yg bakal dihidangkn si ibu tercinta pun dia tidak sempat.
Malam itu, anak sulung penyanyi ND Lala itu harus bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia harus berangkat terbang, pulang semula ke Beijing, China.
Rutin perjalanan yg mengambil masa kira-kira enam jam itu sudah terlalu biasa buat penyanyi yg popular dngan lagu Patah Seribu itu. Di sana karier dan di sini keluarga.
"Saya sudah biasa begini, saya gembira walaupun penat dan kena banyak berkorban. Saya balik pun sekejap sahaja, dapatlah juga empat hari tiga malam, macam pergi bercuti pula.
"Tapi, jadual memang sangat padat, saya balik untk promosi konsert di radio-radio dan fotografi yg telah diaturkn," katanya secara eksklusif kepda Sensasi Bintang.
Tidak terkilan kerana tradisi menyambut kedatangan Ramadan tidak boleh diraikn bersama keluarga, Shila akui perasaan sedih atau emosi sebegitu harus diketepikn. Dia berkelana demi cintakn karier yg telah berdarah daging dalm tubuhnya sejak kecil.
SHILA AMZAH bakal pulang lagi ke Kuala Lumpur pada 19 Julai nanti untk majlis pelancaran konsertnya, Konsert Cinta Shila Amzah.
"Pada 19 Julai nanti, saya akn pulang lagi. Tapi itu lagi kelakar, saya tak sempat bermalam pun, pagi sampai KL, terus ada pelancaran konsert di Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor. Tengah malam saya kena ambil penerbangan balik ke Beijing," tambah Shila lagi.
Ceria sambil ditemani keluarga, masa emas sepanjang dalm perjalanan ke KLIA itu dipinjamkn seketika kepda penulis. Walaupun wawancara ini sekadar dilakukn menerusi panggilan telefon, banyak perkembangan terbaru yg Shila kongsikn.
Tahun ini menjadi Ramadan kedua Shila di China. Bezanya, tahun lalu dia di Shanghai, tahun ini pula jauh ke utara China iaitu Beijing.
"Memang, bila balik KL, rasa sangat bahawa masa itu emas. Di Beijing sekarang musim panas, suhu di sana boleh cecah 40 darjah Celsius.
Dua hari terbaring
"Subuh pula kira-kira pukul 3 pagi dan waktu berbuka sekitar 7.30 malam. Waktu siang lebih panjang. Tak macam semasa di Shanghai dulu, di Shanghai, waktu berpuasa lebih pendek berbanding di Malaysia," cerita Shila yg kini sibuk merakam album Mandarin di sana.
Sepanjang bulan puasa ini juga, penyanyi yg mencipta kejutan sewaktu menjuarai Asia Wave pada September 2012 itu juga sibuk dngan pembikinan album runut bunyi untk sebuah filem animasi di sana.
Lentur Shila, biarpun banyak masa dikorbank untk Konsert Cinta Shila Amzah di Shanghai dan KL, tetapi komitmen di Beijing tidak boleh diketepikn. Boleh dikatakn, setiap hari ada sahaja undangan persembahan yg perlu dijayakn.
"Saya sepatutnya melancarkn album Mandarin sekitar Jun lalu, tapi terpaksa dianjak ke Ogos. Mungkin sebab terlalu sibuk, baru-baru ini saya disahkn menghidap asma," jelas Shila.
Serangan asma kronik itu memaksanya berulang-alik ke hospital.
"Sejak kecil sampai umur 24 tahun sekarang, itulah kali pertama saya kena asma. Rasa macam nak mati, dua hari saya terbaring. Satu persembahan terpaksa dibatalkn. Doktor kata, kalau lambat dihantar ke hospital, nyawa boleh melayang.
Raya atas awan
"Sekarang saya kena berpantang. Paling sedih, saya langsung tak boleh makan makanan pedas. Pihak pengurusan tak boleh kurangkn kesibukn jadual saya tapi mereka boleh kurangkn masa saya di sesuatu lokasi. Contohnya tak perlu nak menunggu lama-lama untk latihan.
"Saya juga tak dibenarkn keluar di khalayak ramai kerana peminat di sana agak keterlaluan dan fanatik," jelas Shila kini ditemani pembantu dan pengurusnya sahaja sepanjang di Beijing.
Bercerita lanjut mengenai Konsert Cinta Shila Amzah pada 16 Ogos di Shanghai dan 13 September di KL, Shila mahu mendedikasikn tema cinta yg dipilihnya untk peminat, ibu bapa, keluarga, sahabat dan semua yg mengenali dirinya.
"Saya pernah cakap nak bawa seorng penyanyi luar sebagai kejutan. Penyanyi itu teman rapat saya, seorng penyanyi lelaki popular dari Taiwan. Dia akn bersama saya di KL nanti," ujar Shila y tidak gentar jika dikaitkn ada hubungan istimewa dngan penyanyi undangannya itu.
Shila yg pernah terjerumus dalm kontroversi cinta pelakon Sharnaaz Ahmad sebelum beralih kasih kepda Johan As'ari akhirnya membuatkn dia nekad fokus terhadap karier.
"Saya akn cakap apabila saya sudah benar-benar ada seseorng yg istimewa," ujar Shila yang baru-baru ini dikatakn menjalin hubungan cinta dngan seorng peminatnya setelah sejumlah gambar tersebar menerusi aplikasi Instagram.
Terheret oleh emosi Ramadan dan tentunya perancangan kemeriahan sambutan Aidilfitri, Shila juga ada cerita yg mahu dikongsikn.
Tidak seperti tahun lepas, tahun ini Shila langsung tidak akn muncul di kaca televisyen dalm sebarang program hiburan raya.
"Tahun lepas, jadual bulan puasa saya tidaklah sepadat tahun ini. Saya pula bersetuju dngan apa sahaja agenda yg diaturkn pengurusan di sana sampai tak perasan bahawa Hari Raya Aidilfitri berkemungkinan besar akn jatuh pada 28 Julai. Sebenarnya saya ada sebuah konsert di Guangzhou pada 26 Julai," kongsinya.
Disebab jarak dan jadual konsert yg begitu dekat dngan jangkaan tarikh hari raya, Shila mungkin akan menyambut pagi 1 Syawal dalm penerbangan.
"Saya tak terkilan jika saya tak ada program raya di kaca televisyen, bagi saya hari raya hari bahagia yg perlu disambut dngan keluarga. Itu anugerah yg paling berharga. Insya-Allah, saya diberi pelepasan beraya dngan keluarga sehingga raya keempat," ungkapnya.
Nada bahagia bersenandung dalm setiap letus bicaranya. Jauh di negara orng, tanah air sendiri seperti menjadi negara kedua, namun Shila akur dngan takdir hidup dan kariernya. Dia berkelana merentas benua dngan sebuah pencarian yg bukan secara tiba-tiba jatuh ke riba.
0 Komentar untuk "ARTIS Shila Amzah Ramadan kedua di Tanah Besar China"