
Siti kongsi perasaan dalm lagu 'Jaga Dia Untukku'.
Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu lagu terbaharunya berjudul Jaga Dia Untukku merupakn perkongsian tentang perasaannya melalui waktu-waktu sukar ketika suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K terlibat dalm kemalangan jalan raya tahun lalu.
Siti, 35, berkata, ia bercerita tentang pelbagai perasaan yg dipendam dan sukar untk digambarkn ketika kejadian itu yg hanya dirasai oleh dirinya seorng.
"Lagu ini adalah tentang pengalaman setahun lalu ketika suami saya terlibat dngan kemalangan jalan raya, ia berkongsi tentang perasaan hiba, sedih dan berkecamuk ketika itu sehingga saya membuat untk berhenti menyanyi selama empat bulan bagi menumpukn perhatian sepenuhnya mengaja dia.
"Ketika itu orng ramai tidak tahu apa yg sebenarnya terjadi, jadi saya minta Aubrey Suwito (komposer) dan kakak ipar saya, Rozi yg tahu tentang keadaan itu mencipta sebuah lagu dan lirik tentang kejadian itu," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Fragmen, di Hotel Le Maridien, di sini, malam Isnin.
Album yg memuatkn sebanyak sembilan buah lagu itu turut menerima Anugerah Platinum apabila jualan album mencecah 5,000 unit dalm masa seminggu dikeluarkn.
Sementara itu, Siti turut mengakui agak kecewa dan geram apabila masyarakat memberi pelbagai spekulasi terhadap keadaan suaminya selepas kemalangan tersebut.
Bagaimanapun, dia enggan mengambil peduli tentang perkara itu dan menganggap ia sebagai satu cabaran sebagai seorng isteri yg perlu ditempuhinya.

Siti Nurhaliza lima dari kiri ketika pelancaran albumnya.
"Memang geramlah bila macam-macam cerita keluar tentang Datuk K ketika itu, tetapi saya sabar dan faham ia adalah kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar suami saya.
"Kami tidak benarkn ramai orng datang melawat kerana Datuk K perlukn rehat dan menjalani rawatan fisioterapi setiap hari, mungkin disebabkn itu banyak spekulasi tidak betul timbul," katanya.
Dalam pada itu, Siti berkata, kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri yg menguji kesabarannya sebagai seorng isteri.
Sementara itu, bercerita tentang album Fragmen ini, Siti berkata ia sarat dngan nilai kasih sayang, semangat dan juga rasa kecintaan dalm perspektif yg lebih meluas.
Tambahnya, dia mahu menerapkn nilai-nilai positif supaya album ini bukan sahaja boleh didengar muzik dan lagunya tetapi turut menghayati lirik-lirik yg ditampilkn.
Fragmen turut memuatkn lagu seperti Aku, Mula dan Akhir, Kau Sangat Bererti, Sanubari, Terbaik Bagimu, Warna Dunia dan Membunuh Benci.
0 Komentar untuk "MENARIK Perasaan Sukar Siti Nurhaliza Jaga Datuk K Dikongsi Dalam Lagu"