malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Neelofa Impak ceramah Mufti Ismail Menk


NEELOFA berharap semua pihak dapat menerima penghijrahan dirinya ini.

TIGA bulan lalu, pelakon dan pengacara jelita bernama Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa, 25, menerima hadiah berupa cakera padat (CD) ceramah Mufti Ismail Menk daripada pelakon, Natasha Hudson.

Segudang emosi meribut dalm jiwa Neelofa saat mendengar ceramah daripada penceramah terkenal dari Zimbabwe itu.

Saat itu pengacara berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu mula membuka pintu hatinya dngan seluas-luasnya untk berubah menjadi Muslimah sejati.

Neelofa kemudiannya mengambil keputusan berhijab sepenuhnya bermula 1 Julai lalu.

"Boleh dikatakn Mufti Ismail Menk antara individu yg mengubah saya. Ceramah beliau memberi kesan yg mendalam pemikiran saya. Selama tiga bulan saya memasang CD ceramah beliau tanpa henti sehingga mengubah hati saya untk berhijab penuh.

"Bagaimanapun, niat untk berubah menjadi individu lebih baik itu sudah lama. Sejak akhir tahun lepas lagi. Saya banyak bertanya kepda kawan-kawan yg bukan dalm industri hiburan tentang ceramah agama beliau

Sebaik mendapat tahu lokasi ia diadakn, saya dan adik-beradik serta beberapa teman terus ke sana untk mendengar ceramahnya," luah Neelofa secara mendalam mengenai penghijrahannya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjurannya sendiri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ini.

Menjengah fasa awal Neelofa berhijab, tanpa berselindung, dia mengakui pernah berasa ragu dan tidak selesa. Namun, perasaan itu segera dibuang jauh.

Bimbang


NEELOFA dan adiknya, Mohamed Aqief bersama Ustaz Ismail Menk.

Kebimbangan juga bersarang dalm diri Neelofa sebelum ini, andai perubahan dirinya itu tidak akn diterima oleh penggiat industri hiburan seperti penerbit rancangan Nona atau MeleTOP yg dihoskn olehnya.

"Alhamdulillah, pasukan MeleTOP dan Nona sangat menyokong dan menerima perubahan saya ini. Mereka masih mengekalkn konsep rancangan tersebut.

"Cuma, cara penyampaian saya mungkin sedikit berbeza dan perlu bersesuaian dngan status saya yg kini sudah bertudung.

"Saya juga akui memang masa mula-mula pakai tudung dulu ada perasaan tidak selesa. Lebih-lebih lagi, ketika makan.

"Rasa macam tudung makin ke depan setiap kali mengunyah. Namun, sekarang semakin selesa," ujarnya yg menggayakn hijabnya sendiri tanpa merujuk kepda mana-mana tutorial cara-cara memakai hijab yg terdapat di laman YouTube.

Keinginan bertudung direalisasikn Neelofa atas niat yg tidak berbelah bahagi, membuatkn Ramadan juara Dewi Remaja 2010 itu kali ini juga cukup bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tanpa berselindung, Neelofa mengakui, dia berasa kosong melalui musim Ramadan sebelum ini. Namun, untk tahun ini, Ramadan dihayati dngan penuh rasa syukur dan istimewa.

"Tahun lepas, saya tidak begitu menitikberatkn tarawih, malah tidak menghayati keistimewaan solat sunat itu.

"Sejak saya belajar dan tahu mengenai pengertian Ramadan itu, saya mula menitikberatkn solat sunat tarawih dan juga puasa," ujarnya yg mula memperbanyakkn amal ibadah dan bertaubat atas dosa-dosa yg dilakukn sebelum ini dngan mengisi ruang-ruang yg ada bagi meningkatkn keimanan kepda Allah S.W.T.

Filem sebelum bertudung


FIGURA jelita ini bersyukur kerana khidmatnya sebagai hos program MeleTOP dan Melodi dikekalkn biarpun sudah berhijab.

Tinggal di Damansara tetapi sanggup ke Putrajaya semata-mata untk mendengar taskirah Mufti Ismail Menk, Neelofa mendedahkn, dia begitu mengagumi penceramah tersebut dan mencari peluang untk hadir setiap hari ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untk mendengar ceramah beliau.

Peluang yg ada itu juga digunakn Neelofa apabila dia turut menganjurkn majlis berbuka puasa di masjid tersebut untk mengajak peminat-peminat dan orng ramai hadir mendengar ceramah penceramah hebat itu.

"Sebenarnya, selepas menang Pengacara TV Paling Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) Mei lalu, saya ada berniat untk anjurkn majlis makan dngan peminat sempena kemenangan tersebut.

"Jadi, saya anjurkn serentak majlis makan, majlis buka puasa dan majlis doa selamat untk Gaza dan juga musibah yg menimpa MH17.

"Di samping itu, mereka juga dapat mendengar ceramah daripada Mufti Ismail Menk," ulasnya yg begitu mesra melayan lebih 500 peminat yg hadir pada hari itu.

Tiada kata yg dapat diungkapkn pelakon filem Lemak Kampung Santan itu apabila dia turut berpeluang bertemu dan berbual dgn penceramah idolanya tersebut sejurus selepas tazkirah solat tarawih.

Bakal muncul menerusi dua buah filem - Pilot Cafe di samping Fahrin Ahmad dan Dollah Superstar bergandingan degan Awie, ujar Neelofa, filem-filem tersebut menonjolkn sisinya yg masih belum bertudung dan berpakaian seksi.

Namun, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana filem yg bakal ditayangkn tidak lama lagi itu melibatkn banyak pihak.

"Perkara yg sudah lepas, saya tidak mampu untk berbuat apa-apa. Kedua-dua filem yg menampilkn saya tidak bertudung dan berpakaian seksi itu semuanya sudah selesai penggambaran.

Filem itu juga melibatkn banyak pihak. Saya cuma mengharapkn peminat faham," luah pemilik rangkaian perniagaan seperti Bellavita (suplemen kesihatan), Neelofar (jubah), Bokittahijab dan Lofalens (kanta lekap).

Raya

Bakal menyambut Aidilfitri selama seminggu di kampungnya di Pasir Mas, Kelantan, anak ketiga daripada sembilan adik-beradik itu mengakui, dia tidak sabar untk menikmati hidangan wajib neneknya.

Malah, memiliki bilangan ahli keluarga yg ramai ditambah pula dngan sanak saudara membuatkn raya Neelofa cukup meriah setiap tahun.

"Memang setiap kali raya, hidangan wajib nenek sudah tentu nasi dagang. Kebanyakan orng yg datang ke rumah nenek juga semata-mata untk menikmati nasi dagang nenek" ungkapnya.

Sudah menempah baju raya lebih awal sebelum mengambil keputusan berhijab, Neelofa mengakui bersyukur kerana baju raya yg ditempahnya longgar dan besar serta ia sesuai dngan penampilannya yg sudah berhijab.

"Sebelum bertudung lagi saya sudah membeli dan menempah beberapa pasang baju raya. Nasib baik, semua baju-baju yg dibeli longgar dan besar. Sesuai dngan penampilan saya sekarang," kongsinya lagi.


 

Related Post:

0 Komentar untuk "ARTIS Neelofa Impak ceramah Mufti Ismail Menk"
Back To Top