
Asmidar
Penyanyi Asmidar tidak malu untk berniaga bagi membantu keluarganya menjual murtabak di bazar Ramadan Wangsa Maju sepanjang bulan Ramadan ni walaupun sudah popular.
Asmidar atau nama sebenarnya Nor Hasmidar Ahmad, 28, berkata, gerai yg dikenali sebagai Murtabak Mat Labu itu sudah diusahakn sejak 20 tahun lalu dan kerana hasil titik peluh ibu dan ayahnya itu membuatkn namanya dikenali dalm industri hiburan tempatan.
"Popular ke? Haha... Memang sejak kecil lagi saya dibesarkn hasil daripada perniagaan murtabak ibu dan ayah saya. Apabila dewasa, saya pun turut membantu mereka dalm menyambung tradisi perniagaan keluarga itu.
"Tiada apa yg perlu dimalukn kerana ia rezeki halal. Kalau tidak berniaga, pastinya saya akn berasa pelik," katanya kepda mStar Online.

Asmidar bersama ibu dan ayahnya menjual murtabak di Bazaar Ramadan Wangsa Maju.
Selain itu, Asmidar turut menjual mi rebus dan roti canai di gerai bazaar Ramadan tersebut.
Tambah Asmidar, dia bakal menyertai sebuah kursus usahawan muda untk mengembangkn perniagaannya itu menjadi sebuah francais menjual produk sejuk beku murtabak serta roti canai pada empat tahun akn datang.
"Sebagai seorng anak, saya kasihankn ibu dan ayah yg masih bertungkus lumus mencari rezeki berniaga di gerai.
"Jadi saya meletakkn tempoh empat tahun untk mengembangkn perniagaan mereka dngan menjadikn murtabak dan roti canai ayah saya menjadi produk sejuk beku untk difrancaiskn.
Dalam perkembangan lain, Asmidar yg bernaung di bawah Warner Music Malaysia baru saja muncul dngan single lagu baharu Bila Cinta Ada.
0 Komentar untuk "MENARIK Asmidar Mahu Kembangkan 'Murtabak Mat Labu'"