malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Enot Tolak Perubatan Moden



MENGHIDAP kanser usus tahap dua, Enot hanya memikirkn masa depan dua orng anaknya. Justeru, dia kini bekerja keras untk tabungan mereka.

Wajah ceria dan senyuman manis pelakon komedi Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, pada majlis pelancaran program raya Astro baru-baru ini tidak sedikit pun menggambarkn penderitaan yg sedang ditanggungnya.

Walhal ibu kepada dua orng anak, Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, itu sedang melawan penyakit kanser usus tahap dua. Bagaimanapun hatinya sedih apabila ada pihak yg mempertikaikn kebenaran penyakitnya itu.

“Perlukah saya berjalan dngan letak tag tertulis, ‘aku sakit kanser?’ Saya sedih apabila keluar rumah ada orng yg mempersoalkn benarkah saya ini sedang sakit kerana fizikal saya tidak banyak berubah.

“Jika saya terperap di rumah, saya akan lebih tertekan dan akan memudaratkn diri sendiri. Lebih baik saya keluar rumah, lagipun saya perlu mencari rezeki untk keluarga saya,” katanya.

Disoal apakah yg bermain dalm fikirannya apabila disahkn doktor menghidap penyakit kanser usus tahap dua, jawab Enot dngan mata berkaca, hanya nasib dan masa depan dua anaknya yg difikirkn.

“Jika saya tiada, siapakah yg akn menjaga mereka? Bagaimana dngan masa depan mereka kelak? Itu yg membuatkn saya sedih kerana saya sendiri tidak ada jawapannya.

“Selepas keluarga saya tahu tentang penyakit saya, mereka banyak membantu. Saya juga tahu, siapa yg akn jaga anak-anak andai saya ditakdirkn pergi dahulu,” tutur Enot dalm nada perlahan.

Fokus Enot hanya satu, melawan penyakit kanser serta mencari rezeki untk dua anaknya. Ujarnya, dia kini bekerja mengumpul wang untk masa depan anaknya bukan untk dirinya.

“Saya bekerja bukan diri sendiri tetapi anak-anak. Jika saya sudah tiada sekurang-kurangnya mereka mempunyai simpanan untk sambung pelajaran dan meneruskn hidup. Saya tidak mahu mereka berhutang,” ucapnya.

Bercakap tentang penyakitnya, jelas Enot dia tahu ada sesuatu yg tidak kena tentang dirinya apabila tiga bulan buang air besar berdarah. Apabila melakukn pemeriksaan di hospital, dia disahkn menghidap kanser usus tahap dua.

Berita itu diketahui sebelum menyertai program Masterchef Selebriti musim kedua pada tahun lalu. Bagaimanapun, selepas mengambil ubat di hospital, Enot memutuskn dia ingin bertarung melawan penyakitnya hanya menggunakn ubat tradisional sahaja.

Selain merasakn perubatan tradisonal lebih sesuai dngan dirinya, keputusan itu dilakukn selepas Enot diherdik oleh doktor yg merawatnya dngan mengatakn lebih baik dia mati sahaja kerana menolak perubatan moden.

“Penyakit kanser bukan sesuatu yg mengejutkn buat keluarga saya kerana ada sejarah ahli keluarga menghidap kanser. Saya ada cuba ubat hospital tetapi saya enggan buat rawatan kemoterapi kerana ia aan merosakkn keseluruhan sel badan bukan sel kanser sahaja.

“Sekarang sudah beberapa hari saya mencuba ubat tradisional yg baharu. Tiga hari pertama pengambilan, berlaku pendarahan. Sekarang Alhamdulillah, ubat itu sudah mula bekerja dan saya sendiri tahu badan saya okey atau tidak.

“Saya akn mengambil ubat itu selama tiga bulan dahulu, kemudian akn buat pemeriksaan di hospital untk melihat tahap kanser sama ada bertambah atau berkurang,” balasnya.

Minuman bergas akibat kanser

Cerita Enot lagi, kebiasaan pada bulan Ramadan, dia akan sibuk berniaga di bazar dan membuat kuih raya. Bagaimanapun tahun ini kesihatannya tidak mengizinkn, dia hanya membuat tempahan kuih raya mengikut kemampuannya sahaja.

“Kalau ikut hati saya ingin berniaga ikan dan ayam bakar, buat kuih raya tetapi saya tidak larat. Bahang panas pun boleh membuatkn saya pengsan apatah lagi berdiri berjam-jam di hadapan api.

“Saya juga cuba berpuasa pada hari pertama tetapi saya pengsan pada malam hari. Sejak itu saya tidak berpuasa kerana saya perlu makan ubat dan makan mengikut waktu,” katanya.

Sambung Enot, sejak mengambil ubat melawan kanser, hormonnya tidak stabil menyebabkn emosinya terjejas. Tekanan yg dihadapinya menyebabkn dia rebah beberapa kali di rumah.

“Apabila saya ambil ubat kanser, hormon saya tidak stabil menyebabkn saya cepat marah walaupun perkara kecil sahaja. Jika ada orng tersalah cakap, saya akn simpan dalm hati.

“Sampai di rumah, saya akn menjerit dan menangis seorang diri. Itu sahaja cara untk saya lepaskn segala tekanan yg saya hadapi sehingga ada masanya saya pengsan di rumah,” tuturnya.

Walaupun sakit, Enot bersyukur kerana rezeki masih ada buatnya sekeluarga. Sungguhpun tidak mewah tetapi memadai untk meneruskn kelangsungan hidup.

“Sebenarnya sudah hampir dua tahun saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan. Hanya akhir-akhir ini saya dipanggil berlakon.

“Jika lokasi penggambaran di luar Kuala Lumpur saya akn meminta pihak produksi menyediakn dapur memasak kerana saya tidak boleh makan makanan luar. Saya juga tidak boleh terlalu lasak dan berdiri lama kerana badan tidak sihat seperti dahulu,” ujarnya.

Derita yg ditanggung Enot bukan sedikit, nasihatnya kepda orang di luar sana, jagalah kesihatan sebaik mungkin. Katanya minuman bergas juga menyumbang kepda penyakit tersebut.

“Selain genetik, saya juga ada salah kerana tidak menjaga pemakanan dngan betul. Sejak muda saya memang saya memang suka minuman bergas. Sehari saya akan minum sekitar dua botol besar.

“Terutama apabila saya menjalani penggambaran waktu malam hingga lewat pagi. Doktor memberitahu, waktu pagi sekitar jam empat pagi merupakn waktu kanser aktif ditambah pula dngan gula yg diambil dngan minuman bergas, ia akan membuatkn sel kanser bertambah aktif.

“Jika perlu berjaga sehingga lewat pagi tolonglah minum air kosong sahaja. Jagalah pemakanan kerana apabila sudah sakit sudah terlewat untk menyesali tabiat pemakanan kita,” ujarnya yg akn pulang beraya di Perak, Johor dan Negeri Sembilan.


 

Related Post:

0 Komentar untuk "BERITA Enot Tolak Perubatan Moden "
Back To Top