
Carmen Soo
Kesilapan pelakon dan model Carmen Soo, 37, yg mahu mengucapkn takziah ketika dunia hiburan dikejutkn dngan kematian biduanita Datuk Sharifah Aini mengundang satu suasana lucu.
Soo yg berhasrat berkongsi rasa sedihnya terhadap Sharifah Aini telah menulis status takziahnya kepada individu lain iaitu pelakon Sharifah Amani.
"RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani)," tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad.
Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dngan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah).

Inilah status Twitter Carmen Soo yg diperkatakn.
Soo kemudian memohon maaf atas kesilapannya itu dan menulis semula masksud sebenarnya adalah untk mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini.
Perkara itu tidak diambil serius oleh Sharifah Amani kerana dia memahami ia bukan sesuatu yg disengajakn.
Kesilapan Soo itu mendapat respons daripada pengikut Twitter miliknya apabila lebih 400 ulang Twit (retweet) dilakukn.
Soo mempunyai kira-kira 357,000 orng pengikut laman sosial berkenaan.
Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.
0 Komentar untuk "LAWAK Kesilapan Ucapan Takziah Carmen Soo Melucukan"