malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Kematangan Sherry Ibrahim



SEJAK tahun 2006 kelibat penama sebenar Syarizad Ibrahim, 31, atau lebih dikenali sebagai Sherry Ibrahim masih dilihat tenggelam timbul dalm industri hiburan tanah air.

Biarpun telah terbabit dngan banyak drama, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu masih lagi belum diberi kepercayaan untk mendukung watak utama dalm sesuatu naskhah filem.

Sekadar diberi watak sampingan, Sherry tidak berkecil hati dngan tawaran dan kepercayaan yg diberikan kepadanya. Walaupun sekadar mendapat watak sokongan, namun perkara yg selalu membuat Sherry bahagia dan bersyukur ialah apabila dirinya tidak pernah putus dngan tawaran.

Bercerita mengenai perjalanan kariernya, Sherry berkata, dalm usia yg kini mencecah 30-an dia merasakan masih terlalu awal bagi dirinya untk berpaling tadah dan meninggalkn bidang lakonan. Akuinya, biar masih belum diberi peluang menonjol seorang diri, untk sekali lagi meninggalkn selamat tinggal kepada dunia yg dicintainya tidak akan berlaku lagi.

“Masih banyak yg perlu saya kecapi kerana bidang seni ini luas, terutamanya dalm bidang lakonan. Saya mengakui masih banyak yg perlu dipelajari dan saya masih menunggu watak yg saya idamkn.

“Walaupun kini saya mengembangkn karier seni kepada bidang nyanyian, saya tetap memberi keutamaan dalm dunia lakonan kerana minat yg mendalam terhadap bidang tersebut,” katanya.

Tidak puas dngan bidang lakonan, Sherry juga kini sedang berjinak-jinak dalm bidang seni suara. Dia yang kini sibuk menghasilkn single pertamanya dngan kerjasama seorang penyanyi dari seberang iaitu Gusti Arya bakal diterbitkan menjelang penghujung tahun ini.

Namun demikian, segalanya masih lagi dalm perancangan dan tuntutan terhadap karier lakonannya terpaksa menyebabkn hajat tersebut ditangguhkn.

“Buat masa sekarang, saya masih lagi mempunyai komitmen terhadap bidang lakonan dan saya berharap perancangan dalm bidang nyanyian dapat berjalan tanpa sebarang masalah,” ujarnya.


SHERRY teruja menantikan penghasilan single sulungnya yg masih dalm pembikinan.

Psiko

Bercerita lebih lanjut mengenai watak yg diidamkan selama ini, Sherry dengan teruja berkata, dia sangat menginginkan untk memegang watak seorang yg mempunyai penyakit mental atau psiko.

“Sudah lama saya menginginkn watak tersebut. Permainan emosi dalaman yg banyak sememangnya sangat mencabar daya mutu lakonan sama ada daripada segi mental dan fizikal.

“Ironinya, peluang untk watak tersebut agak jarang ditawarkan kepada pelakon kerana kita masih kekurangan naskhah yg bergenre seperti itu,” ujar pelakon yg pernah membintangi drama adaptasi novel Teduhan Kasih itu.

Mengakui dirinya sinonim dngan watak antagonis, Sherry berkata, dia cuba ingin lari daripada stereotaip itu. Dia lebih suka mempelbagaikan bidang lakonan supaya mendapat ilmu baharu dalm kariernya.

Katanya: “Kepelbagaian watak sangat penting bagi seseorang pelakon, walaupun kebiasaannya pengarah akan memberikan watak yg selalu dilakukan oleh pelakon itu, namun watak yg pelbagai dapat menjadikan seseorang pelakon itu versatil.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah memilih jika diberi tawaran berlakon. Bagi saya, setiap watak yg diberikan merupakan cabaran yg perlu dihadapi untk seseorang itu untuk bergelar anak seni.”


SUDAH berusia 31 tahun, Sherry yg baru putus cinta tidak mahu membebankn dirinya dengan soal jodoh. Dia kini mahu lebih fokus terhadap kariernya.

Cinta Ibadah

Mengulas mengenai perkembangn terbaharunya, Sherry berkata dia kini sedang sibuk dngan penggambaran drama Cinta Ibadah sebanyak 80 episod. Pada masa yg sama, dia juga sedang bersiap sedia menjalani sebuah telemovie raya arahan Michael Ang.

“Ramadan ini, jadual saya agak padat, tetapi disebabkn penggambaran drama Cinta Ibadah yg panjang, saya mempunyai ruang masa untk menjalani telemovie di bawah produksi Rozita Che Wan tersebut. Selain saya, telemovie ini turut dijayakn Dafi AF,” jelasnya.

Berkongsi pengalamannya menjalani penggambarn Cinta Ibadah yg memulakn penggambarn sejak April lalu, Sherry berkata, momentum dan mood sangat penting dalam memastikn watak disampaikn dngan baik.

“Saya cuba sedaya upaya untk mengekalkn momentum lakonan supaya konsentrasi terhadap watak yg dipegang konsisten.

“Hal ini disebabkn walaupun hanya mendukung watak sampingan. Jangka masa penggambaran yg panjang boleh menyebabkn pelakon itu hilang konsentrasi.

“Namun, segalanya dalm perancangan kerana jadual penggambaran yg tidak begitu padat membolehkan saya mengambil masa sendiri dan tidak terburu-buru,” jelasnya.

Teman hidup

Tidak lengkap cerita tanpa bertanya kepada Sherry tentng perkembangan cintanya dngan jejaka Mauritius seperti yg pernah dikongsikn sebelum ini.

Sherry dalm senyuman bagaimanapun memberitahu, ia kini sudah menjadi sejarah buat dirinya. Hubungan dngan jejaka itu telah berakhir dan dia melihat episod cinta yg tidak kesampaian itu banyak mematangkn dirinya dalm memahami erti mencari cinta sebenar.

Sedar bahawa dirinya bukan lagi muda, dia bagaimanapun tidak mahu gopoh untk kembali bercinta, sebaliknya mengambil pendekatan memberi fokus terhadap karier demi memastikn dia tidak terlalu memikirkan sangat soal jodoh yg masih belum kunjung tiba.

“Jika ditanya tentang status hubungan percintaan, terus terang Sherry kata, buat masa ini Sherry masih belum ada sesiapa lagi kerana baru putus cinta.

“Kami berpisah tahun lepas setelah hampir dua tahun bercinta. Selepas itu Sherry ambil keputusan untk menumpukn sepenuh perhatian pada diri sendiri, katanya.

Bagaimanapun Sherry yg tampil anggun pada sesi fotografi baru-baru ini mengakui ada berkawan dngan ramai jejaka tetapi tidak ke arah percintaan. Dia juga tidak akan menolak jika sudah sampai waktu bertemu jodoh.

“Saya ada menjalinkn hubungan dngan beberapa teman lelaki, namun ia sekadar berkawan sahaja, tidak lebih daripada itu,” katanya.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "ARTIS Kematangan Sherry Ibrahim"
Back To Top